maklum la..berpantang sendiri ni...bukannya pandai sangat..makan apa yang pernah aku makan je masa dalam pantang anak pertama dan kedua sebelum ni je...
Tanya cik hubby boleh tak makan tu makan ni..jawapannya..entah la...takut baby kembung je nanti katanya..hmmmmmm..betul la tu..aku sedap2 cekik..baby yang jadi mangsa nanti...
panduan kat bawah ni aku jumpa masa search kat pakcik google la...saja aku tempekkan kat blog aku ni sebagai panduan tuk diri sendiri & sesapa yag sudi jengah blog aku ni..leh juga buat panduan..tuk tambahkan ilmu...
kalo nak diikutkan amalan berpantang ni macam2 cara bergantung pada individu...ada yang kata itu boleh ini tak boleh...tambahan kalo kita Tanya orang2 lama..ada je yang bercanggah pendapat...contohnya...mak aku sendiri tak kasi makan ikan parang kalo berpantang...sebaliknya dengan arwah MIL aku...dia memang masakkan ikan parang tuk lauk aku berpantang masa dia jaga aku dalam pantang anak first itu hari....Alhamdulillah takde gatal2 la...mayb badan aku leh terima..
bak kata orang..cuba makan..kalo takde apa2 dekat badan kita boleh la tu...jangan terlalu itu ini tak boleh..huhuhu...ada yang kata ayam tak boleh daging tak boleh..ada yang bedal je ayam n daging...telor pon ada juga yang makan...telur memang aku tak berani la kan..
Pengenalan
Pemakanan ialah aspek yang amat penting dalam rawatan pantang bersalin. Ini kerana proses kehamilan telah mengganggu keseimbangan hormon ibu. Mereka mengalami pelbagai bentuk tekanan dan gangguan emosi akibat perubahan fizikal. Apalagi semasa melahirkan anak, tenaga dikerah dengan hebat, urat saraf banyak yang cedera dan terjadi luka di bahagian tertentu.
Mengikut sesetengah petua Melayu, ibu-ibu dalam pantang disyorkan makan nasi berlaukkan ikan masin atau ikan panggang berkunyit dan meminum air mengikut sukatan jari (dua ruas jari untuk sekali minum). Akibat diet cara ini (kurang berzat dan kurang air) ibu-ibu terdedah kepada risiko penyakit buah pinggang dan tekanan darah rendah.
Oleh sebab itulah makan perubatan moden menentang amalan berpantang cara Melayu. Ingin diingatkan, cara pemakanan tersebut bukanlah cara Melayu tradisional yang sejati tetapi merupakan sebahagian cara hidup mereka yang kurang berkemampuan.
Jadual Makanan Yang Boleh Dimakan dan Tidak Boleh Dimakan Semasa Pantang
BOLEH
|
TIDAK BOLEH
| |
AYAM & DAGING
|
| |
IKAN
Penting:
Ikan haruan menyembuhkan luka.
Ikan yu membanyakkan susu ibu
|
|
|
ULAM ULAMAN
Ulam-ulaman ini mengandungi fiber, zat galian (mineral) dan pelbagai vitamin, termasuklah A, C dan E, bersifat anti oksidan.
Jantung pisang membanyakkan susu ibu
Ulam kunyit mengembalikan kecergasan badan dan
menyembuhkan luka dalaman |
| |
SAYUR-SAYURAN /
menjalar, sejuk serta berangin
Lobak putih dan peria membanyakkan susu ibu
Peria memudahkan buang air besar, membantu membersih dan melancarkan peredaran
darah dalam tubuh. |
| |
BUAH-BUAHAN
Penting:
Makanan tersebut dilarang kerana dapat mengakibatkan sakit tulang dan sejuk otot serta lemah sendi. Penyakit-penyakit tersebut diketahui telah banyak berleluasa di barat dan dikenali sebagai artritis dan rheumatisme.
|
| |
LAIN-LAIN MAKANAN
Asam jawa membantu membuang air besar selain dari
menyegarkan tubuh badan |
|
|
AIR
Penting:
Ibu-ibu tidak boleh minum minuman sejuk, tajam dan jus daripada buah-buahan yang dilarang
Air kunyit mengecutkan rahim dan mencuci darah.
Air rebusan pegaga ini membersihkan darah dalam tubuh ibu yang baru
melahirkan anak.
Manjakani berfungsi untuk mengering dan mengetatkan pangkal rahim.
Air jus halia kurma boleh membuang angin dalam badan dan menambah tenaga.
Air madu memanaskan badan.
|
|
No comments:
Post a Comment