MINI DONUT SHA AHMAD

assalammualaikum dan selamat petang semua...
dah sebulan lamanya sha tak update blog ni...takde aktiviti yang menarik yang nak dikongsikan..ni pon takde cerita best pon nak khabor...cuma nak letak entry permulaan sha dirumah baru ni...petang semalam sha mulakan dengan yang simple2 je dulu..donut..ingat nak frozenkan je..pagi esoknyer baru digoreng untuk sarapan...
dah banyak rasanya resepi donut dalam koleksi sha..tapi yang satu ni selalu sha ikut..rasi rasanya menepati selera anak tekak kot...jom layan gambar n step by step sha yerk.. 

dah siap diuli

tutup dengan towel lembab

dah naik 2 x ganda

sha tak terap dengan acuan pon..uli bulat2 n leperkan sikit cam buat cucur badak tu je..bila time nak goreng buat je lubang dengan jari

olahan:sha ahmad

bahan-bahan:
3 cawan tepung gandum-diayak
1/4 cawan gula
2 sb majerin
1 biji telur
1 sb yis
1 sk garam
1 sb susu tepung
air suam secukupnya
gula halus secukupnya-tuk digaul

dah siap mini donut sha


cara-cara:
1)larutkan gula bersama air suam pastu masukkan yis biarkan sekejap(berbuih2)
2)masukkan semua bahan kedalam mangkuk kecuali air tadi dan gaul menjadi serbuk roti
3)masukkan yis tadi dan air secukupnya.uli sehingga mendapat doh yang licin dan tak melekat pada tangan.perap selama 1 jam dan ditutup dengan tuala lembab
4)ambil doh tadi dan tumbuk2 kuarkan angin kemudian diambil sedikit dan bentukkan bebola kecil dan leperkan sedikit
5)biarkan doh naik sekali ganda lagi dan buatkan lubang ditengahnya dengan menggunakan jari dan goreng hingga kekuningan dan digaul dengan gula halus

***boleh je digelek dan terap dengan acuan..bagi sha camni lebih cepat..takyah nak kuarkan penggelek...ikut kerajinan masing2 la yerk..








No comments:

Post a Comment