APAM NASI...

apam nasi yg simple...senang nak buat...




olahan:sha ahmad

bahan-bahan:
1 cawan tepung gandum
3 cawan tepung beras
2 cawan gula pasir
3 cawan air
2 cawan nasi
1 paket mauripan

cara-cara:
1)masukkan semua bahan kecuali nasi dan air kedalam mangkuk dan kacau sebati
2)blend nasi dan air sehingga hancur
3)masukkan nasi blend tadi kedalam mangkuk dan gaul sebati
4)perap 1 jam
5)bahagi adunan beberapa bahagian dan warnakan ikut warna kegemaran
6)sapu acuan dengan sedikit minyak(sebelum tu panaskan air dalam periuk kukus terlebih dahulu)
7)masukkan adunan warna kedalam acuan.kukus selama 10 minit atau sehingga masak
8)boleh dihidangkan bersama kelapa parut putih + sedikit garam


~~~SELAMAT MENCUBA~~~

KETAYAP A.K.A KUIH GULUNG


ada yg panggil ketayap...kuih dadar..kuih gulung..apa lagi yg seangkatan dgnnya yg sya belom tau
entah la..apa pon panggilannya kuih nya tetap sama je..rasanya ramai yg tau buat kuih ni kan...


resepi: sya kitchen

bahan inti:

kelapa parut putih
sedikit garam
gula merah
air secukupnya
1sb tpg gandum
daun pandan-disimpul

cara-cara:

~didihkan air,gula merah,gula pasir,garam dan daun pandan sehingga gula larut
~masukkan kelapa gaul sebati.
~bila hampir kering masukkan 1 sb  tepung gandum gaul sebati..matikan api..

bahan kulit:

1 1 /2 cawan tepung gandum
2 cawan air-lebihkan sikit jika masih pekat
1 biji telur 
pewarna
secubit garam

cara-cara:

-campur semua bahan..kacau sebati dgn whisk dan tapis..
-panaskan non stik pan/kuali leper...lenser sedikit minyak...
-masukkan 1 senduk  kecil adunan dan ratakan diatas kualimenggunakan senduk tadi atau dgn cara memusingkan pan kiri dan kanan..
-bila warna hijau telah bertukar atau kulit telah masak angkat 
-letakkan inti kemudian gulung kemas2..
-buat sehingga adunan habis..




~~~happy cooking~~~

LOMPANG

 ASSALAMMUALAIKUM..

lama x bersiaran..apa habaq pengunjung2 setia segalanya disini...wah ayat..ada ke yg sudi
berkunjung ke teratak hamba ini...hahahaha

ha amik mood menaip sat...sementara debot tido tu...kalo dia dah bangun kang apa pon tak boleh dah...
n3 pagi2 buta ni...sarapan pagi...
buat malam tadi....lompang havoc..mak aii nama hahahaha...
lompang yg dicolourfullkan...lompang ceria...
firtime pon ni sya buat lompang...xberapa nak menjadi pulak lesung pipitnya tu...tapi nak tempek juga kan air tangan sya kitchen kat sini....
resepi sya google je...cantik je oner resepi ni punya lesung pipit lompang nya...sya buat je yg jadi lesung batu...
lagi satu derhaka sikit la kat resepinya...sya kurangkan manis dalam makanan..lebihkan manis dalam senyuman...tak gitu...gitu..gitu lah ualllsss..







olahan:sha kitchen

BAHAN A

1 1/2 cawan tepung beras
1 sb tepung ubi
1 sk air kapur
1 cawan air
pewarna

BAHAN B

1 cawan gula(sya letak 3/4 cwn je..tu pon dah manis)
1 cawan air
2 helai daun pandan

BAHAN C

1 cawan kelapa parut putih
secubit garam
1 helai daun pandan
(kukus semua bahan sebentar)

cara-cara:

1)masak bahan B hingga semua gula larut..sejukkan
2)didihkan air kukusan-panaskan acuan yg telah disapu minyak terlebih dahulu
3)campurkanbahan A dan bahan B yg sudah disejukkan..gaul sebati dan tapis
4)bahagikan beberapa bahagian dan warnakan.
5)tuang adunan kedalam acuan lompang 
6)kukus selama 10-15 minit..kuih akan membentuk lubang dgn sendirinya
7)hidangkan dengan kelapa parut yg telah dikukus sebentar




~~~HEPPY COOKING~~~





SARDIN TERJUN..

mak aiii..nama sardin terjun....terjun dari mana tu...
ha kalo uallss nak tau..dia terjun dari dalam tin terus masuk mangkuk je..tak masuk kuali dah...
ni resepi paling simple kot..xyah masak2 bagai..resepi tuk org2 yg xder dapoq...
yg ada dapoq pon boleh je nak cuba...

malam ni pak encik request nak makan sardin terjun...
uallsss nak try jom layan resepi simple gilakkssss ni...


resepi :sya kitchen

bahan-bahan:

1 tin sardin sederhana
1 labu bawang besar-potong separuh bulat
3 biji limau kasturi-diambil airnya
15 tangkai cili api-dipotong kecil

cara-cara:

1)masukkan semua bahan dalam satu mangkuk...dan kacau sebati..siap dihidang..
2)makan dgn nasi panas2..bertambah uoallsss


~~~HAPPY COOKING~~~




KUIH BOM BIJAN

bommmmmm....takut juga nak buat kue ni..takut meletop kebabo...
mana taknya..org cakap salah goreng meletop...
tapi beranikan diri buat juga....resepi sya amik dari azie kitchen 
tapi sya tukarkan inti kelapa..azie buat inti kacang hijau






olahan:sya kitchen

Bahan Doh:
2 cawan tepung pulut
2 sudu besar tepung gandum
Sedikit garam
3/4 -1 cawan air 
Bijan secukupnya - untuk salut 

Cara membuat doh:
Satukan tepung pulut, tepung gandum dan garam. Bancuh dengan air sedikit sedikit hingga menjadi doh yang tak melekat di tangan. Jika terlembik, tambahkan setengah sudu tepung beras pulut setiap kali memasukkannya.

bahan inti kelapa:

130gm gula merah
30gm gula pasir
125 ml air
2 helai daun pandan
300gm kelapa parut putih
1 sb tepung gandum
1/4 sk garam

caranya:

1.masakkan gula merah,gula pasir,air dan daun pandan sehingga mendidih dan gula larut..
2.masukkan kelapa parut dan kacau sebati
3.bila hampir kering..masukkan tepung gandum..kacau sebentar..angkat dan sejukkan..


Cara membuat kuih bom:
1.Sapu sedikit minyak pada tapak tangan. Ambil adunan, leperkan dan masukkan inti kelapa yang telah di kepal bulat bulat tadi. 

2.Cantumkan bahagian leper tadi hujung ke hujung. Bulatkannya dengan kemas. 

3.Terus digolek golek ke dalam bekas bijan hingga seluruh kuih diselaputi bijan. Akhir sekali layangkan antara 2 tapak tangan agar bijan yang tidak melekat akan jatuh dengan sendiri. 

4.Goreng kuih bom dalam minyak terendam dengan api sederhana pada 5 minit permulaan. Kemudian baru besarkan api sambil kacau digolek golek dalam kuali sehingga agak kekuningan. Jangan lama, nanti meletup.

nota amik dari azie kitchen:

Jangan terus goreng kuih bom yang telah siap dimasukkan inti. Jika anda terus goreng selepas buat....kuih bom anda akan mengelembung dan pecah (tersengih dan keluar inti) serta 'meletup'. Kuih anda tidak cantik dan ia jugak tidak garing.

Jika buat malam, biarkan dalam dulang dan tutup dengan kain bersih. Goreng pagi esoknya. Jika nak makan petang.....buat pagi dan goreng petang. Ini sahaja rahsianya.





SARDIN MASAK LEMAK CILI PADI

tiba2 teringin plak nak makan sardin masak lomak kan....
nasib ler pak encik bg green light je nak buat sardin masak lemak cili padi...
layan je ler..resepi mcm biasa kena layan gambar dulu ler...



resepi olahan: sha ahmad
 
bahan-bahan:
1 tin ikan sardin
1 kotak santan
2 cawan air(jika kurang leh lebihkan)
1 helai daun kunyit(optional)
3 biji ubi kentang-potong 4
1 batang serai-diketuk
garam secukup rasa
 
bahan tumbuk:
20 biji cili api
2 cm kunyit(sha guna kunyit serbuk je)
3 biji bawang merah
 
cara-cara:
1)masukkan semua bahan kecuali ikan sardin dan santan pekat kedalam periuk
2)masak sehingga mendidih dan ubi empuk..
3)apabila mendidih dan ubi empuk masaukkan ikan sardin dan santan pekat
4)masak dengan api sederhana dan sentiasa dikacau supaya tidak pecah minyak.
5)kacau perlahan perasakan dengan garam..
6)siap tutup api..makan dengan nasi panas..
 
 
~~~HEPPY COOKING~~~