assalammualaikum semua..terima kasih banyak2 kerana sudi berkunjung ke blog sha yang tak seberapa ni..sebagai tanda persahabatan dan terima kasih sudi2 lah kiranya follow blog sha yer..dapat kita sama2 mengeratkan silatulrahim sesama manusia...
AYAM MASAK MERAH
assalammualaikum...
ayam masak merah...lauk tuk nasi minyak tadi...jom layan resepi air tangan sha ahmad
sumber resepi:sha ahmad
bahan-bahan:
8 ketul ayam
1 labu bawang besar-dipotong bulat
kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
3 sb cili kisar
2 sb sos tomato
2 sb sos cili
1 sb sos tiram
1 batang serai*
3 ulas bawang putih* }bahan * dikisar bersama
1 labu bawang besar*
air secukupnyer
garam & gula
cara-cara:
1)gaulkan ayam bersama garam dan kunyit..goreng separuh masak
2)tumis 3 sekawan..bunga cengkih,buah pelaga dan kulit kayu manis hingga naik bau..kemudian masukkan bahan kisar tumis lagi hingga naik bau
3)masukkan cili kisar..tumis sekejap.kemudian masukkan sos cili,sos tomato,sos tiram dan masukkan sedikit air.kacau serata dan biarkan hingga agak pekat dan pecah minyak
4)masukkan garam dan gula..kemudian masukkan bawang besar dan ayam..gaul balikkan..dah secukup rasa boleh tutup api
nota:nak kuah lebih boleh tambahkan bahan sambal dan bahan kisar..
Labels:
ayam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment