assalammualaikum...
ni menu tuk tengahari tadi...biasa sha masak daging masak lada hitam...tapi daging takde stok..ayam je yang ada..boleh ler...musim2 hujan ni sejuk..kita panaskan badan makan lada hitam plak...resepi ni sha reka sendiri je masa sha duk kajang dulu..cuba je campur2 semua bahan2 tu pastu sha perap dalam peti sejuk...sedap pulak dengan tekak sha..sampai sekarang la sha masak menu ni sekali2..
sumber resepi: sha ahmad
bahan-bahan:
5-6 ketul kepak ayam(sha potong 2 antara kepak dan drummet dia)
3 sb cili kisar**
3 sb lada hitam(tumbuk kasar atau beli je yang siap jual yang kasar tu..)**
1 labu bawang besar-dihiris bulat
2 ulas bawang putih-diketuk
halia(optional)
garam**
serbuk kunyit**
2 sb kicap manis**
air secukupnyer
ni rupa lada hitam yang sha guna
cara-cara:
1)masukkan ayam dalam mangkuk besar dan gaul sebatikan dengan bahan2 bertanda **....kemudian perapkan 1/2jam...lagi lama lagi baik
2)tumis bawang putih dan halia hingga naik bau
3)masukkan ayam yang telah diperap tadi....kemudian masukkan air(agak2 tuk kuah je..kalo nak kuah banyak lebih ler sikit airnyer)..gaul balikkan sebati
4)biarkan sebetar..masak sehingga ayam lembut n kuah agak pekat..masukkan bawang besar tadi..gaul sebati
5)jangan lupa rasa yer takut kurang garam...bawang dah layu..siap leh angkat
teringat lak masa dalam pantang..asyik makan makanan berasaskan lada hitam je..tapi sedap gak...
No comments:
Post a Comment