LADYBIRD QUTE MIUT


selamat malam semua...korang tengah buat apa yer..harini ni je N3 sha tuk harini...lama juga sha tak buat apam ni...so petang tadi merajinkan diri la dok mengapam..nak tunaikan hasrat orang nak sangat merasa air tangan sha..sedap ke tak entah la..apa2 pon tertunai sudah hajat si intan nak makan..
resepi sorry la tak ingat dah mana sha ambil..lagipon resepi apam ni sama je bahan2 nyer beza air tangan yang membuat je..
apa yang sha tau..resepi apam yang sha buat ni dah sha kacukkan dengan beberapa resepi yang sha duk belek2 dalam internet dan rakan2 fb ..mana yang baik kita cedok la..untuk hasil yang baik....

kali ni filling kaya je..yang adoo

jadi juga ladybird sha walaupon comot2

olahan:sha ahmad

bahan A:
3 biji telur gred B -dari peti sejuk
1 1/2 cawan gula castor-sha letak dalam peti sejuk dulu
1 sk ovelatte
1 sk esen vanila

bahan B:
150ml susu segar-dari peti sejuk
2 3/4 cawan tepung gandum** bahan bertanda ** diayak bersama
1 sk baking powder**

bahan-bahan lain:
filling-ikut selera anda
pewarna-ikut kegemaran anda
paper cup secukupnya
cara-cara:
1)pukul bahan A hingga putih dan kembang dengan kelajuan maximum
2)masukkan susu sedikit demi sedikit.pukul sebati dahulu setiap kali susu dimasukkan dengan kelajuan minima
3)masukkan tepung sedikit demi sedikit..pukul sebati dahulu setiap kali tepung dimasukkan dengan kelajuan minima
4)bahagikan adunan beberapa bahagian dan warnakan
5)masukkan setiap warna kedalam piping bag @ plastik (sha guna plastik je )
6)picitkan adunan separuh kedalam paper cup dan pipekan filling secukupnya dan picit adunan yang sama tutup filing hingga separa paper cup
7)kemudian lukislah muka ladybird qute miut tu...
8)kukus 10-15 minit dengan api sederhana(balut penutup periuk kukus dengan kain )

yang ni untuk maklong intan

***sebelum masukkan kedalam piping bag/plastik kacau adunan hingga kelihatan berkilat dan licin untuk mendapatkan permukaan yang rata dan licin


4 comments:

  1. Alaaaahaaaai, comelnyeee. nak satu (:

    ReplyDelete
  2. Nyomei2nye kak...hantar le sini..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe..kalo dekat boleh je nak hulur sikit...ni apo kan dayo..

      Delete