akhirnya...ada juga kerajinan aku nak memarblekan kek ni..semalam punya la teringin nak makan marble kek ni...nasib harini ada kerajinan sikit nak buat...
olahan:sha ahmad
loyang 8"
bahan-bahan:
3 biji telur
1 cawan majerin
1 cawan gula castor
2 cawan tepung gandum*
1 sb baking powder*}ayak bersama bahan bertanda *
2 sb susu pekat
1 sk esen vanila
1sk pewarna kuning
2 sb serbuk koko+1sk instant coffee+6sb air panas
1sk strawbery emulco+1sk pewarna pink
cara-cara:
1)pukul majerin dan gula sehingga kembang
2)masukkan telur satu persatu..pukul lagi sehingga kembang
3)masukkan esen vanila dan susu pekat..kacau rata
4)masukkan tepung yang telah diayak bersama baking powder
5)bahagikan adunan kepada 3 bahagian n perasakan:
1 bahagian: serbuk koko+instant coffe+air
1 bahagian:strawbery emulco+pewarna pink
1 bahagian:pewarna kuning berperisa vanila je
6)sendukkan satu persatu adunan warna kedalam loyang yang telah disapu majerin dan dialas kertas minyak
7)bakar pada suhu 160' selama 40minit atau sehingga masak...bergantung kepanasan oven masing2 je la..
*pewarna dan perasa boleh digantikan ikut kegemaran masing2
~~SELAMAT MENCUBA~~
alahhaiii cantinya belang2 tue..kita mmg suka kek marble nie..cantik..suka tgok..
ReplyDeleteterima kasih zila..sudi juga ikut blog akak..lama juga akak tak memarble ni..nasib jadi juga..
ReplyDelete