STEW AYAM LA PULAK...


masih resepi yang simple2 je..yang mudah..tak pedas..kalau masak pedas kang anak dara kesayangan aku tu demand taknak makan pulak...so masak je stew ayam ni...ok juga..ala2 sup ayam la juga..adik beradik juga la kot..


sumber resepi: try masak
olahan:sha ahmad

 bahan-bahan:
4-5 ketul ayam
1/2 biji carrot-dipotong dadu
1 biji kentang-dipotong dadu
1 labu bawang besar-dihiris kasar atau dibelah empat
2 ulas bawang putih-dicincang
1 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
2 sb tepung jagung+ air
3 sb kicap cair
1 sk sos manis/kicap manis
air
sedikit serbuk lada sulah
garam

cara-cara:
1)gaulkan ayam bersama sedikit garam dan serbuk lada sulah dan perap seketika
2)setelah itu..panaskan minyak dan tumis bawang putih sehingga wangi dan masukkan ayam tadi.masak hingga kering sedikit(kejap je)
3)masukkan air diikuti dengan bunga lawang dan kulit kayu manis
4)masukkan pula kicap cair dan sos manis.kacau semua bahan sebati dan biar mendidih
5)masukkan bawang besar diikuti kentang dan carrot..biarkan lagi sehingga bahan-bahan tadi empuk
6)last sekali perasakan dengan garam dan masukkan tepung jagung yang telah dicairkan kacau seketika hingga kuah pekat dan stew ayam sedia dihidangkan



~~SELAMAT MENCUBA~~




No comments:

Post a Comment