MIX VEGE & SOSEJ BUN


tetiba je datang mood nak menguli...perot lak rasa lapar je manjang..
masih menggunakan resepi dari sasha rahmat .resepi mudah kompom lembut..kali ni lupa plak nak tambahkan bread softener..lama dah tak buat..tapi still lembut gak ler..


resepi asal:sasha rahmat
olahan:sha ahmad
bahan doh roti
bahan A:satukan biar naik berbuih
1 paket yeast 11gm
1/2 cawan air suam 
1 sb gula
1 sb tepung

bahan B:
2 sb mentega -dicairkan

bahan C:dilarutkan tuk dijadikan sirap gula
1 cawan gula(sha guna 1/2 cawan je..dah manis)
1/2 cawan air panas

 bahan D:
3 cawan tepung gandum + 1 cawan


cara-cara:
1)masukkan 3 cawan tepung dalam bekas..buat lubang ditengahnya dan masukkan bahan A,B,C uli
2)baki tepung 1 cawanboleh digunakan sedikit demi sedikit semasa menguli sehingga doh tak lekat ditangan..tak perlu habiskan tepung.
3)biarkan 1 jam atau naik
4)tumbuk2 doh buangkan angin uli dan bentuk je roti apa yang kita suka...

**doh roti ni macam2 rope bentuk roti boleh buat..tambah je inti apa kita suka..jadik je..

~~SELAMAT MENCUBA~~

2 comments: