AGAR-AGAR GULA MERAH



untuk makan2..kenduri arwah MIL sabtu lepas..buat sikit je..satu loyang..


bahan-bahan:

10gm agar-agar serbuk (sha guna agar2 tali jer)
3/4 cawan gula merah
2 sb gula pasir
4 1/2 cawan air
100ml santan + 50ml air*(sha kurangkan santan 75ml je)
1 biji telur* }satukan bahan *dan kacau dengan whisk hingga sebati dan tapis
secubit garam
2 helai daun pandan-disimpul
1 sk esen vanila



cara-cara:

1)masak air bersama gula merah,gula pasir dan daun pandan hingga gula larut.
2)kemudian masukkan agar2 serbuk kacau hingga larut
3)kecilkan api,masukkan esen vanila.kemudian bancuhan santan dan telur yang telah ditapis dan garam.kacau hingga mendidih.sentiasa dikacau yer sehingga santan nampak macam berbiji2 halus gitu.matikan api
4)tuang kedalam acuan pilihan biarkan hilang wap panasnya,boleh la dimasukkan kedalam peti sejuk.hidangkan sejuk2 best ni.



~SELAMAT MENCUBA~


No comments:

Post a Comment