TERSENYUM LAGI APAM2 KU...


buat lagi..tuk besday sepupu wafiy...duk terfikir apa nak bawa..nak beli hadiah
memang tak sempat la..ibunyer call jemput pon dah petang..yang ni je la yang sempat..
cepat sikit nak buat..takde la gi tangan kosong kan...


olahan: sha ahmad

bahan-bahan:
2  biji telur-dibuang tali pusatnya
1 1/4 cawan gula(sha guna gula castor)
1 sb ovellete
1 cawan air ais krim soda-suhu bilik
3 cawan tepung gandum
1 sk esen orangge(sha letak..resepi asal takde)pewarna kegemaran

cara-cara:
1)pukul telur,gula dan ovellete sehingga kembang dan gebu.kemudian masukkan esen vanila dan pukul sekejap
2)masukkan aiskrim soda berselang seli dengan tepung hingga habis.sebatikan
3)bahagikan adunan dan letakkan pewarna pilihan
4)panaskan kukusan pastikan air betul2 mendidih
5)masukkan adunan warna kedalam paper cup dan kukus dengan api kuat selama lebih kurang 10-15 minit

nota:sha masukkan adunan kedalam plastik yang di gunting sedikit bucu dan pipekan kedalam paper cup..lebih kemas dan cepat...sha kukus lebih kurang 10 minit je...


~~SELAMAT MENCUBA~~

No comments:

Post a Comment