KARI IKAN JENAK


dah lama tak masak kari ikan...tetiba plak cik abg suh masak kari ikan..
sekali2 makan best juga..


resepi:sha ahmad

bahan-bahan:

5-6 ketul ikan jenak
2 biji tomato-dipotong 2
8-10 batang kacang bendi(sha suka lebihkan)
1 1/2 bungkus kari ikan babas -dijadikan pes)
1 biji kelapa(diasingkan patinyer)
 3 ulas bawang putih*
 4 ulas bawang merah*  }ditumbuk
sedikit halba
air asam jawa secukupnya
garam secukup rasa
air secukupnya



cara-cara:

1)tumis bawang putih,bawang merah dan halba sehingga wangi kemudian
masukkan rempah kari..tumis sehingga rempah garing sedikit
2)masukkan air asam jawa kacau sebati kemudian masukkan santan cair dan biarkan mendidih
3)setelah hilang bau mentah rempah masukkan kacang bendi dan pati santan tadi..
4)agak2 kuah terlampau pekat boleh masukkan sedikit air dan biarkan mendidih sekali lagi.
5)last sekali masukkan ikan dan perasakan dengan garam..
6)sesuaikan rasa dan ikan dah masak..tutup api dah masukkan tomato dan kacau sebati dalam kuah...



~~~SELAMAT MENCUBA~~~

2 comments:

  1. sedapnya..kecur pulak malam2 nie h ehee:)

    ReplyDelete
  2. hehehe...sekali2 makan kari sedap juga zila..selalu2 kang bau india plak hehehe

    ReplyDelete