apam nasi simple..

sarapan tuk pagi ni..apam nasi jek..apam yang senang nak buat..tak banyak ragam..yang paling pentingnya..resepi yang sama tetap menjadi pujaan hatiku..takde kelapa harini..makan gitu je pon sodap..


 
sumber resepi:qnq0910
olahan:sha ahmad
bahan-bahan:
1 cawan tepung gandum
3 cawan tepung beras
2 cawan gula pasir
3 cawan air
2 cawan nasi
1 paket mauripan

ada 4 kaler gitu..merah,biru kuning n putih(warna asal)
 
cara-cara:
1)masukkan semua bahan kecuali nasi dan air kedalam mangkuk dan kacau sebati
2)blend nasi dan air sehingga hancur
3)masukkan nasi blend tadi kedalam mangkuk dan gaul sebati
4)perap 1 jam
5)bahagi adunan beberapa bahagian dan warnakan ikut warna kegemaran
6)sapu acuan dengan sedikit minyak(sebelum tu panaskan air dalam periuk kukus terlebih dahulu)
7)masukkan adunan warna kedalam acuan.kukus selama 10 minit atau sehingga masak
8)boleh dihidangkan bersama kelapa parut putih + sedikit garam

 
 
~~~SELAMAT MENCUBA~~~

2 comments:

  1. wow, warna warni yg berani..lama juga tak buat apam ni..

    ReplyDelete
  2. terlebih sudah kalernya rohah..hehehe

    ReplyDelete