mana hilangnya kasih sayang seorang bapa pada anaknya????disebabkan pengaruh dadah...bapa sanggup sembelih anak sendiri yang baru berusia 11 bulan..terbayang2 je dibenak fikiran ku..macamna siksa dan azabnya budak sekecil itu menanggung kesakitan...geram pon ada dengan apa yang dilakukukan sibapa..korang bacalah kat bawah ni...
bilik di mana Nur Amirah dijumpai.gambar NST
KUANTAN
- Seorang bapa yang dipercayai mengalami gangguan halusinasi akibat pengaruh
dadah bertindak menyembelih anak perempuannya berusia 11 bulan 20 hari hingga
mati di rumah mereka di Felda Panching Selatan, dekat sini, malam
tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 malam itu, suspek, Mohd Aswardey Ismail, 28 tahun, bertindak mengelar leher anaknya, Nur Amirah menggunakan sebilah parang berukuran 44 sentimeter dalam sebuah bilik tidur sebelum kejadian disedari ibu mangsa, Suzie Jarip, 26 tahun yang kebetulan berada di rumah ketika kejadian.
Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd Jasmani Yusoff berkata, isteri suspek yang ternampak suaminya keluar bilik dengan memegang parang berlumuran darah segera mendapatkan bayinya itu, bagaimanapun mangsa sudah terbaring kaku di atas katil dengan kesan kelar di leher.
Menurutnya, ibu mangsa segera memaklumkan kejadian kepada keluarga, manakala suspek yang tertekan dengan perbuatannya itu difahamkan sempat menghubungi talian kecemasan 999 meminta bantuan untuk menghantar anaknya ke hospital.
“Sejurus mendapat maklumat berhubung kejadian, anggota polis dikerah ke rumah suspek untuk menjalankan siasatan dan mendapati mangsa sudah meninggal dunia.
“Ketika itu hanya ibu dan abang mangsa berada di rumah, manakala suspek dibawa keluarga untuk menyerah diri di Balai Polis Jaya Gading dekat sini,” katanya ketika dihubung.
Mohd Jasmani berkata, hasil pemeriksaan yang dilakukan, polis menemui dan merampas parang yang digunakan suspek dalam kejadian tersebut.
“Susulan kejadian, polis berjaya menahan suspek di sebuah persimpangan lampu isyarat Batu 10 dekat sini ketika berada dalam kereta bersama adik dan bapanya.
“Suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan untuk siasatan lanjut,” katanya.
Beliau berkata, hasil semakan rekod mendapati suspek memiliki tiga rekod jenayah lampau membabitkan kes merusuh mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan (KK), Seksyen 377C KK kerana melakukan seks luar tabii dan curi dalam bangunan mengikut Seksyen 380 KK.
Suspek didapati positif dadah metamphetamine dan amphetamine selepas ujian air kencing dilakukan, katanya.
Menurutnya, kes tersebut diklasifikasikan sebagai kes bunuh dan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

No comments:
Post a Comment