PAPRID AYAM SIMPLE

 
ni menu yang paling senang rasanyer..main campak2 je apa sayur2 yang ada...asal boleh...biasa orang gunakan kacang panjang..tapi disebabkan cik abang kita tak makan kacang panjang
..kita tukar je dengan kacang buncis...kita yang masak dia...semua boleh diubah...
sayur2 tu pon boleh letak banyak mana suka..kalo gemar makan sayur2 la kan..
 
bahan-bahan:
 
4-5 ketul ayam-bahagian dada-potong kiub
3 batang kacang buncis
bunga kobis
putik jagung
carrot
2 ulas bawang putih-diketuk
1 labu bawang besar
2 sb sos cili
2 sb sos tiram
2 sb cili kisar
3 biji cili padi-diketuk
2 sb kicap 1 helai daun limau purut
 
cara-cara:
1)tumis  bawang putih dan cili kisar..kemudian masukkan sos tiram,sos cili dan kicap..masukkan sedikit air
2)kemudian masukkan putik jagung,carrot,bunga kobis dan masukkan ayam dan cili padi yang diketuk...gaul sebati semua..dan biarkan sekejap..agak kuah sedikit pekat
3)kemudian masukkan kacang buncis dan bawang..biarkan sekejap..
4)rasa jika ok masukkan daun limau purut gaul sebati dan tutup api..
 
 
~~~SELAMAT MENCUBA~~~

No comments:

Post a Comment