BUAH MELAKA

 
teringin pulak cik abang nak makan kuih ni...sebenarnya buat dah lama ..tapi baru ada masa nak tempek N3 kat sini...kuih yang senang sangat nak buat..cepat dimasak sedap dimakan..
dah macam iklan Maggie plak...
selalunya buat kuih ni tak pernah ada sukatan pon..main agak2 je banyak mana nak buat...

 
 
resepi & olahan:sha ahmad

bahan-bahan:
2 cawan tepung pulut
gula melaka secukupnya-potong kiub
1/2 sk pandan paste
1/2 sk pewarna hijau
air secukupnya tuk menguli
kelapa putih + garam secukupnya
air untuk merebus

cara-cara:
1)didihkan air terlebih dahulu
2)masukkan tepung pulut didalam mangkuk besar..tuangkan air sedikit demi sedikit.uli tepung hingga lembut dan tak melekat pada tangan
3)jika nak letak lain2 kaler bahagikan je doh tu n letak pewarna n uli sebati
4)ambil sedikit n bulat dan leperkan sedikit di tapak tangan dan letakkan inti gula yang dipotong2 tadi n gentelkan bulat2 semula dan masukkan kedalam air mendidih tadi..biarkan seketika
5)apabila sudah masak kuih akan timbul..angkat dan toskan airnya
6)kemudian golekkan diatas kelapa yang telah digaulkan dengan garam secukup rasa
 
~~~SELAMAT MENCUBA~~~

 

No comments:

Post a Comment