kerajinan melanda sekejap....maka terhasillah apam solo inti kelapa ni....
sedap apam ni....bab inti plak boleh dipelbagaikan ikut selera ler kan...
apam begawan solo inti kelapa
bahan-bahan:
bahan inti:
kelapa parut putih
gula merah/gula kabung
gula pasir
secubit garam
daun pandan (disimpul)
air secukupnya
tepung gandum
cara-cara:
1)masak gula merah , gula pasir dan daun pandan dgn air sehingga mendidih...
2)kemudian masukkan kelapa masak sehingga hampir kering..masukkan garam...
3)bila sudah kering masukkan sedikit tepung gandum kacau sebati tutup api...sejukkan
bahan untuk kuih:
3 cawan tepung gandum
1 cawan tepung beras
1 cawan gula
2 1/2 cawan air
1/4 cawan minyak
1 bungkus mauripan/yis
secubit garam
pewarna kuning,pink
cara-cara:
1)campurkan kesemua bahan kecuali pewarna dan kacau rata..perap 1/2 jam atau sehingga naik...
2)bahagikan 3 bahagian..biarkan satu bahagian warna asal
3)masukkan sedikit adunan warna asal kedalam acuan dan sudukan inti kelapa...tutup inti dgn adunan warna asal tadi
4)sudukan 1 sb adunan warna kuning diatasnya....kemudian sudukan 1/2 sb adunan warna pink kemudian lorekkn dgn lidi....
5)kukus selama 10 minit atau sehingga masak
***sapukan acuan dengan minyak terlebih dahulu...
Assalam sya,
ReplyDeleteNak tye tekstur apam ni sama dgn apam dolu2 yg mkn dgn kelapa ke. Kenapa sy buat tekstur dia jd padat ye. Yis x cukup kembang ke maksudnye