RAINBOW COOKIES

lama dah duk im nak buat sekut ni...akhirnya dapat juga buat....
tapi lambat la habiskan..loyang nya satu je...tu pon adik tolong belikan...ma kasih no safra iwan ...tolong belikan n tolong poskan loyang lidah kucing ni ....

resepi ni hasil geledah blog citarasawan ...geram tgk..santik.santik..chumei2 gitu hasil tangan kak wan...
kat sini sy sertakan resepinyer yer....

bahan-bahan:


  • 250gm mentega
  • 100ml putih telur
  • 175gm gula kastor
  • 200gm tepung jagung
  • 50gm tepung jagung
  • 1/4 sk emplex(perangup biskut)
  • pewarna merah,oren,kuning,hijau,biru,ungu



loyang lidah kucing-digris dgn mentega

cara-cara:


  1. ayak tepung gandum,tepung jagung dan emplex..ketepikan
  2. pukul mentega dan gula sehingga berkrim..masukkan putih telur sedikit demi sedikit dan putar hingga sebati
  3. masukkan tepung dan kaup balikkan dengan spatula hingga rata
  4. bahagikan adunan kepada 6 bahagian dan letak pewarna
  5. masukkan adunan kedalam piping beg gunakan nozel bulat dan picit lurus mendatar kedalam loyang lidah kucing mengikut susunan warna pelangi (sha gunakan plastik je..gunting hujungnya..
  6. bakar dalam oven dengan suhu 150' selama 15 minit.jangan biarkan permukaan keperangan kerana boleh menenggelamkan warna
  7. biarkan sejuk..masuk dalam bekas kedap udara.

camni la rupanya susunan warna pelangi...




dah sejuk leh simpan dalam bekas kedap udara...

No comments:

Post a Comment