KUIH BOM BIJAN

bommmmmm....takut juga nak buat kue ni..takut meletop kebabo...
mana taknya..org cakap salah goreng meletop...
tapi beranikan diri buat juga....resepi sya amik dari azie kitchen 
tapi sya tukarkan inti kelapa..azie buat inti kacang hijau






olahan:sya kitchen

Bahan Doh:
2 cawan tepung pulut
2 sudu besar tepung gandum
Sedikit garam
3/4 -1 cawan air 
Bijan secukupnya - untuk salut 

Cara membuat doh:
Satukan tepung pulut, tepung gandum dan garam. Bancuh dengan air sedikit sedikit hingga menjadi doh yang tak melekat di tangan. Jika terlembik, tambahkan setengah sudu tepung beras pulut setiap kali memasukkannya.

bahan inti kelapa:

130gm gula merah
30gm gula pasir
125 ml air
2 helai daun pandan
300gm kelapa parut putih
1 sb tepung gandum
1/4 sk garam

caranya:

1.masakkan gula merah,gula pasir,air dan daun pandan sehingga mendidih dan gula larut..
2.masukkan kelapa parut dan kacau sebati
3.bila hampir kering..masukkan tepung gandum..kacau sebentar..angkat dan sejukkan..


Cara membuat kuih bom:
1.Sapu sedikit minyak pada tapak tangan. Ambil adunan, leperkan dan masukkan inti kelapa yang telah di kepal bulat bulat tadi. 

2.Cantumkan bahagian leper tadi hujung ke hujung. Bulatkannya dengan kemas. 

3.Terus digolek golek ke dalam bekas bijan hingga seluruh kuih diselaputi bijan. Akhir sekali layangkan antara 2 tapak tangan agar bijan yang tidak melekat akan jatuh dengan sendiri. 

4.Goreng kuih bom dalam minyak terendam dengan api sederhana pada 5 minit permulaan. Kemudian baru besarkan api sambil kacau digolek golek dalam kuali sehingga agak kekuningan. Jangan lama, nanti meletup.

nota amik dari azie kitchen:

Jangan terus goreng kuih bom yang telah siap dimasukkan inti. Jika anda terus goreng selepas buat....kuih bom anda akan mengelembung dan pecah (tersengih dan keluar inti) serta 'meletup'. Kuih anda tidak cantik dan ia jugak tidak garing.

Jika buat malam, biarkan dalam dulang dan tutup dengan kain bersih. Goreng pagi esoknya. Jika nak makan petang.....buat pagi dan goreng petang. Ini sahaja rahsianya.





No comments:

Post a Comment