APAM POLKADOT

ni apam polkadot sha filling kaya....projek kat umah mertua ni..siap pinjam mixer jiran sebelah lagi...niat nak bagi saudara mara merasa air tangan sha..yang ni sha gunakan resepi lain dari yang biasa sha gunakan..tak ingat dari siapa..


sumber:rakan fb
olahan:sha ahmad


bahan A


3 biji telur( sejuk dari peti sejuk)
1 cawan+4 1/2 sb gula castor(sejukkan)
1 sk ovalatte
1 sk esen vanilla


bahan B
150ml susu segar/3/4 cawan(sejuk dari peti sejuk)
2 cawan + 7 sb tepung gandum
1 sk baking powder


bahan-bahan lain:
filling
pewarna


***mengikut tuan punya resepi ni..dia sejukkan besi mixer sekali...sha pon ikut gakler...katanyer supaya lebih cepat gebu n kembang..


cara-cara:
1)pukul bahan A hingga putih n kembang
2)masukkan susu sedikit demi sedikit...pukul sebati dahulu setiap kali susu di masukkan
3)masukkan tepung sedikit demi sedikit..pukul sebati dahulu setiap kali tepung di masukkan
4)bahagikan adunan beberapa bahagian n warnakan mengikut warna kesukaan
5)masukkan setiap warna kedalam piping bag/plastik(sha guna plastik je)


6)pipekan adunan separuh kedalam paper cup n pipekan fillingnyeer pula secukupnyer(filling masuk plastik gak senang nak letak)


7)picitkan adunan tutup filling hingga separa dengan paper cup

8)kemudian dot-dot kan ler ikut kreativity sendiri n kukus dengan api sederhana selama 15 minit atau sehingga masak..






inilah hasil air tangan sha ahmad....ok tak...



No comments:

Post a Comment