KEK COKLAT KUKUS


assalammualaikum.....
lama sha tak membaking....harini ada la sikit kerajinan dek kerana teringin nak makan kek tengah malam semalam...bahan2 semua ada..apa lagi masa tengah masak tengahari sambil2 sha sediakan bahan2nyer...lepas siap masak mula la membaking..resepi ni sha salin dari mak saudara hubby...selalu sha buat memang guna resepi ni je..belum pernah try resepi lain lagi

olahan:sha ahmad

bahan-bahan:
bahan A:
1 cawan susu cair
1 cawan air(air paip je)      }dikacau sebati dalam satu mangkuk semua bahan A
1 cawan butter-dicairkan
2 cawan gula perang
1 sb coklat emulco(sha tambah resepi asal tak letak pon)

bahan B:
2 cawan tepung blukey superfine
1/2 cawan serbuk koko
1 sk baking powder        }ayak semua bahan B
1 sk soda bikarbonat

bahan C:
1 biji telur
1 sk esen vanila   }dipukul bersama sekejap

cara-cara:
1)pukul bahan C sekejap..kemudian masukkan bahan A dan pukul sebati
2)masukkan bahan B sedikit demi sedikit sambil dipukul sebati...tak perlu lama2 sekadar bahan2 sebati dan tidak bergentel
3)panaskan kukusan..pastikan air mendidih
4)lapikkan loyang dengan kertas minyak dan tuang adunan kedalam
5)kukus selama 1 jam atau sehingga masak dengan api sederhana..jangan api kuat kang merekah keknyer...cucuk dengan lidi bahangian tengah nak tau masak ke tak..lidi bersih tak melekat dah masak la tu
6)sejukkan dan hias dengan topping coklat jika suka
bahan topping:
250gm coklat masakan
2 sb serbuk koko
1/2 cawan susu cair
1 sk mentega

cara-cara:
1)cairkan coklat guna kaedah double boiler...kemudian masukkan serbuk koko dan mentega
2)tutup api dan masukkan susu cair kacau sebati dan biarkan topping coklat sejuk suhu bilik
3)tuang keatas kek dan hias ikut kreativiti masing2..
sha buat dalam cup  sikit selebihnyer masuk loyang je...yang dalam cup belum sempat siap topping anak2 sha dah oder nak tabur apa atas dia...


No comments:

Post a Comment