BIHUN SOTO AYAM


assalammualaikum....
harini sha tak masak nasi tuk tengahari...masak bihun soto je...sekali2 tak makan nasi pon ok gak..bihun pon kenyang gak perut...lagi pon dalam tu dah ada ketupat nasi/nasi impit...dulu nak makan bihun soto..sha suruh hubby beli je kat KTM  tanjung pagar..skang KTM tu dah tutup pon singapore dah amik alih..lagi ler takde tempat nak beli dah..sha suka bihun soto kat situ je...
sekarang sha dah pandai buat sendiri..nak makan buat je la..lagi best..banyak mana nak letak ayam pon boleh hehehe..ni kali kedua sha buat..
resepi asal sha ambil dari fb kak salmah haron dan sha ubah suai ikut selera sha n hubby sikit..yang selebihnya ada juga sha ikut dari bungkus rempah soto tu je..cukup senang nak buat soto kan..kat bungkusan rempah pon dah ada resepi..

sumber adaptasi:kak salmah haron
sumber resepi:bungkusan rempah
olahan:sha ahmad

bahan-bahan:
1 bungkus bihun-dicelur dan toskan
1/2 ekor ayam
5 ulas bawang merah*
4 ulas bawang putih*   }blander hingga hancur bahan *
1 inci halia*
1 batang serai-diketuk
2 sb rempah soto
kulit kayu manis,bunga lawang.bunga cengkih dan buah pelaga
garam dan gula secukupnya
air secukupnya

bahan lain
bergedil ayam
nasi impit/ketupat nasi
tauge-dicelur
daun sup


cara-cara:
1)tumis kulit kayu manis,bunga lawang,bunga cengkih,buah pelaga hingga wangi.kemudian masukkan bahan kisar dan tumis lagi hingga naik bau.
2)masukkan rempah soto dan tumis hingga garing masukkan sedikit air.
3)kemudian masukkan serai.air secukupnya,ayam garam dan gula secukupnya..masak hingga kuah mendidih dan ayam empuk.
4)keluarkan ayam dan perlahankan api..masak kuah sehingga betul2 masak
5)carik2 kan isi ayam yang dikeluarkan tadi

resepi bergedil sila lihat di SINI

cili kicap sha style:
segenggam cili padi
4 ulas bawang merah
3 biji limau kasturi-diambil jusnya
kicap manis(sha guna kipas udang)
sedikit garam

cara-cara:
1)kisar semua bahan kecuali kicap hingga hancur
2)masukkan kicap manis dan kacau sebati..dah siap..power punya pedas...sha dengan hubby memang kaki pedas

**masukkan bihun dalam mangkuk tambah bergedil,nasi impit,tauge,daun sup.tuangkan kuah diatas dan lebih sedap ditambah cili kicap

1 comment: