assalammualaikum semua..terima kasih banyak2 kerana sudi berkunjung ke blog sha yang tak seberapa ni..sebagai tanda persahabatan dan terima kasih sudi2 lah kiranya follow blog sha yer..dapat kita sama2 mengeratkan silatulrahim sesama manusia...
NASI GORENG IKAN
assalammualaikum....
ingat nak buat cara berlauk je pagi tadi..tapi tengok ada nasi lebih semalam dalam periuk..sayang pulak..sebab ingat tghari memang taknak masak nasi dah..dari buang je lebihan nasi tu baik goreng je..
lagipon ada 2 ekor ikan kembung goreng yang tak habis..nasi goreng yang teramat mudah dan simple...dari membazir baik dipelbagaikan dan dimakan..clear nasi n ikan goreng lebihan semalam...
sumber resepi: sha ahmad
bahan-bahan:
2 cawan nasi
2 ekor ikan goreng-diambil isinya
1 biji telur
2 ulas bawang putih-diketuk
3 ulas bawang merah-dihiris
2 sb sos tiram
carrot-dicincang halus
kobis-diracik halus }sayur2 ni memang sha kena cincang sebab anak dara sha susah sangat nak makan sayur
serbuk lada sulah
garam
cara-cara:
1)tumis bawang merah dan bawang putih hingga naik bau.
2)kemudian masukkan isi ikan goreng,kobis,carrot dan sos tiram..kacau sebati dan biarkan sayur sedikit layu..
3)dalam kuali yang sama ketepikan sayur dan pecahkan telur biar sedikit masak kemudian digaulkan bersama semula.
4)masukkan nasi,serbuk lada sulah dan garam secukup rasa..kacau sebati
5)dah siap
"SELAMAT MENCUBA"
Labels:
nasi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment