lama juga tak buat apam nasi ni..haritu 4 kali sha buat bantat..sebab yis dalam simpanan tu dah rosak..memang buang je la..ni baru buat balik..resepi ni je selalu menjadi pilihan sha..resepi dari qnq0910 memang mudah n sedap je..yang ni sha buat separuh adunan je..tu pon banyak..boleh bagi jiran lagi..
sumber resepi:qnq0910
olahan:sha ahmad
bahan-bahan:
1 cawan tepung gandum
3 cawan tepung beras
2 cawan gula pasir
3 cawan air
2 cawan nasi
1 paket mauripan
cara-cara:
1)masukkan semua bahan kecuali nasi dan air kedalam mangkuk dan kacau sebati
2)blend nasi dan air sehingga hancur
3)masukkan nasi blend tadi kedalam mangkuk dan gaul sebati
4)perap 1 jam
5)bahagi adunan beberapa bahagian dan warnakan ikut warna kegemaran
6)sapu acuan dengan sedikit minyak(sebelum tu panaskan air dalam periuk kukus terlebih dahulu)
7)masukkan adunan warna kedalam acuan.kukus selama 10 minit atau sehingga masak
8)boleh dihidangkan bersama kelapa parut putih + sedikit garam
~~SELAMAT MENCUBA YER~~
No comments:
Post a Comment