BUAH MELAKA


selamat malam semua..tq masih ada yang sudi singgah kat dapur sha ni..
petang tadi sha buat buah melaka..dari minggu lepas boss minta buatkan kuih ni..tapi bila kita suruh mesin kelapa..liat la plak dia..last2 beli kelapa kat kedai je la jawabnya...minggu ni baru dapat buat...
takpa la..janji dapat juga buat tuk hubby tersayang.....kuih yang cukup senang nak buat...


resepi ni sama je kot sapa2 buat pon kan...ni la kuih pertama yang sha belajar buat masa duk kampung dulu..time bulan posa je baru sha buat... jom kita layan resepi sha style plak...

resepi & olahan:sha ahmad

bahan-bahan:
2 cawan tepung pulut
gula melaka secukupnya-potong kiub
1/2 sk pandan paste
1/2 sk pewarna hijau
air secukupnya tuk menguli
kelapa putih + garam secukupnya
air untuk merebus

cara-cara:
1)didihkan air terlebih dahulu
2)masukkan tepung pulut didalam mangkuk besar..tuangkan air sedikit demi sedikit.uli tepung hingga lembut dan tak melekat pada tangan
3)jika nak letak lain2 kaler bahagikan je doh tu n letak pewarna n uli sebati
4)ambil sedikit n bulat dan leperkan sedikit di tapak tangan dan letakkan inti gula yang dipotong2 tadi n gentelkan bulat2 semula dan masukkan kedalam air mendidih tadi..biarkan seketika
5)apabila sudah masak kuih akan timbul..angkat dan toskan airnya
6)kemudian golekkan diatas kelapa yang telah digaulkan dengan garam secukup rasa



~~SELAMAT MENCUBA~~





2 comments:

  1. salam..
    cantik presentation..kuih tradisi,tak lapuk dek zaman.kuih kegemaran anak bujang saya.

    ReplyDelete
  2. terima kasih..betul tu ..bila2 masa boleh makan..sedap n senang nak buat..

    ReplyDelete