akhirnya aku buat juga biskut ni..asyik tengok orang buat je dalam fb..asyik duk kumpul resepi je..tapi lom dapat nak rasa lagi la...pasal tengah puasa kan...malam nanti la rasa..tah apa rasa taktau la...harap2 tak mengecewakan...bahan2nya tak banyak..simple je...nak buat pon tak susah..
bahan-bahan:
1 ketul butter 250gm
1/2 tin susu pekat manis
460gm tepung jagung
1 sk esen vanilla
hiasan
coklat chip
cara-cara:
1)satukan susu dan butter,kacau sebati dengan senduk je..takyah nak guna mixer...masukkan esen vanilla..gaul sebati..kemudian masukkan tepung jagung uli sehingga menjadi doh yang lembut
2)masukkan dalam acuan dahlia dan paipkan atas Loyang.hiaskan dengan coklat chip
3)bakar selama 10 minit dengan suhu 160'..bergantung kepanasan oven masing2..
No comments:
Post a Comment