1) Semasa merebus atau memasak daging,masukkan
sebatang camca kecil ke dalam periuk. Dipercayai camca ini menyerap lebih haba /
kepanasan yang membantu proses melembutkan daging.
2) Anda juga boleh menggunakan satu tin air coca-cola. Perap bersama air coca-cola selama 1 jam.Kebiasaannya perap menggunakan air coca-cola ini di gunakan oleh penjual satey. Sejauhmana kebenaran daging tersebut lembut, saya tidak ketahuinya.
3) Masukkan panadol ke dalam rebusan daging. Petua ini biasa saya dengar diamalkan di majlis kenduri yang biasanya memasak daging dalam jumlah yang banyak. Namun sejauhmana keberkesanannya tidaklah dapat saya pastikan.

4) Selain itu,anda juga boleh masukkan beberapa
tangkai daun betik ke dalam masakan untuk melembutkan daging.
5) Jika tiada tangkainyanya,anda juga boleh
menggantikannya dengan betik muda.Pastikan anda kupas kulitnya,buang biji serta
bersihkannya terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam mana-mana masakan
berasaskan daging.
6) Kepingan tempe juga selalu digunakan untuk
melembutkan gulai daging. Hanya masukkannya ke dalam masakan dan biarkan.
7) Perap daging yang telah dipotong dengan sedikit
cuka makan selama lebih kurang 15 minit.Selepas itu toskannya hingga kering,lalu
masak seperti biasa. Anda hanya perlu memastikan api dapur berada pada tahap
sederhana ketika masakan daging itu hampir menggelegak. Hasilnya daging lebih
cepat empuk dan rasanya juga amat sedap.
8 ) Anda juga boleh cuba menggunakan keratan batang
ubi kayu.Pastikan batang ubi kayu itu dibersihkan terlebih dahulu.Masukkan ke
dalam periuk ketika ia sedang mendidih sahaja. Biarkan selama 10 – 15 minit,lalu
angkat serta asingkan batang ubi kayu tersebut.
9) Gaul daging bersama tepung dan perapkan dengan
kicap selama 30 minit sebelum dimasak.
10). Tumbuk lumat buah keras,lalu masukkan ke dalam
ramuan gulai daging. Daging akan lebih cepat empuk.
No comments:
Post a Comment