APAM SENYUM @ APAM AISKRIM SODA


selamat petang semua...petang ni punya N3 hari sabtu punya keje tangan...yang ni sha buat untuk sarapan pagi hari majlis kawen adik ipar..apam ni tersenarai untuk kuih muih pagi tuk santapan jiran2 yang wat keje..yang ni je sempat sha buat..takde masa nak buat kuih muih lain..


sumber resepi:rokayah@myresepi.com

olahan: sha ahmad

bahan-bahan:
3 biji telur-dibuang tali pusatnya
1 1/4 cawan gula(sha guna gula castor)
1 sb ovellete
1 cawan air ais krim soda-suhu bilik
3 cawan tepung gandum
1 sk esen vanila(sha letak..resepi asal takde)
pewarna kegemaran

cara-cara:
1)pukul telur,gula dan ovellete sehingga kembang dan gebu.kemudian masukkan esen vanila dan pukul sekejap
2)masukkan aiskrim soda berselang seli dengan tepung hingga habis.sebatikan
3)bahagikan adunan dan letakkan pewarna pilihan
4)panaskan kukusan pastikan air betul2 mendidih
5)masukkan adunan warna kedalam paper cup dan kukus dengan api kuat selama lebih kurang 10-15 minit

nota:sha masukkan adunan kedalam plastik yang di gunting sedikit bucu dan pipekan kedalam paper cup..lebih kemas dan cepat...sha kukus lebih kurang 10 minit je...


                               ~~SELAMAT MENCUBA~~

No comments:

Post a Comment