kembali mengedot petang semalam...kali ni sha buat dua adunan sekali..tapi ada pulak kejadian apam ni tersenyum dan ada yang tersengih macam kerang busuk...yang tersenyum tu dah jadi rupa apam senyum je..cuma apam senyum ada filling la..
buat tuk mak2 buyung yang request...yang sorang tu dah menunggu hari je..kang tak sempat nak rasa plak...belom pernah lagi sha buat apam ni dia tersenyum..mayb masa buat tu muka ada senyummmm kot hehehe./.tu asal apam pon senyum je..papepon jom layan picture dulu..pastu kita intai resepinyer yer..
olahan:sha ahmad
bahan A:
3 biji telur gred B -dari peti sejuk
1 1/2 cawan gula castor-sha letak dalam peti sejuk
dulu
1 sk ovelatte
1 sk esen vanila
bahan B:
150ml susu segar-dari peti sejuk
2 3/4 cawan tepung gandum** bahan bertanda ** diayak bersama
1 sk baking powder**
bahan-bahan lain:
filling-ikut selera anda
pewarna-ikut kegemaran anda
paper cup secukupnya
cara-cara:
1)pukul bahan A hingga putih dan kembang dengan kelajuan
maximum
2)masukkan susu sedikit demi sedikit.pukul sebati dahulu
setiap kali susu dimasukkan dengan kelajuan minima
3)masukkan tepung sedikit demi sedikit..pukul sebati dahulu
setiap kali tepung dimasukkan dengan kelajuan minima
4)bahagikan adunan beberapa bahagian dan
warnakan
5)masukkan setiap warna kedalam piping bag @ plastik
(sha guna plastik je )
6)picitkan adunan separuh kedalam paper cup dan pipekan
filling secukupnya dan picit adunan yang sama tutup filing hingga separa paper
cup
7)kemudian lukislah muka ladybird qute miut
tu...
8)kukus 10-15 minit dengan api sederhana(balut penutup periuk kukus dengan kain )
~~SELAMAT MENGEDOT~~
No comments:
Post a Comment