9 FAKTA MENARIK APABILA LELAKI MEMASAK

sebenarnya chef-chef yang terkenal diseluruh dunia sudah semestinya kaum lelaki bukan?lihat saja dimalaysia,semua kenal dengan Chef Wan..chef yang cukup dikenali ramai.tapi tahukan anda yang kebanyakan lelaki ini memang jarang nak memasak..betul tak??hehehe..jom tengok antara 9 fakta-fakta menarik apabila lelaki memasak


1)menurut kajian,99.9% amat pandai masak kari.tapi maggie kari je ler

2)lelaki kadang-kadang memang suka memasak.tapi masalah utama ialah mereka amat malas nak basuh periuk belanga serta pinggan mangkuk yang telah mereka gunakan

3)kadang kala apabila lelaki memasak umpama sedang bertukang rumah,bukan main bising lagi

4)adalah kebiasaan lelaki memasak tanpa memakai baju.yang lebih sexy hanya memakai tuala.yang lagi kurang bersih memasak sambil mengisap rokok

5)menu utama masakan lelaki adalah telur goreng,sardin.tak ketinggalan juga kicap masin.yang rajin sikit masak maggie dengan telur..yang malas tu takat rendam je la maggie tu dengan air panas.

6)jika  seorang lelaki yang rajin memasak,anda akan dapati gas masakan akan cepat habis,kerana lelaki memasak menggunakan api yang kuat.cepat sikit masak.kalau tak percaya,cuba tengok dekat kedai mamak,bukan main besar lagi apinya

7)keadaan dapur rumah orang lelaki yang bersepah sepah adalah satu pemandangan biasa yang mempunyai nilai artistiknya yang tersendiri.kalau ada lumut dan lipas itu namanya mesra alam

8)biasanya lelaki tidak akan merungut jika masakan itu dimasak olah lelaki.yang penting asalkan kenyang.tapi kalau perempuan yang masak,komplen dia banyak sikit,betul tak???

9)kalau lelaki membeli pelbagai lauk dan memasak dengan bersungguh sungguh,serta dalam kuantiti yang banyak,itu maknanya dia nak bagi kat awek..tak pon dalam proses nak ngorat..hahahaha

p/s:-hanya sebagai gurauan dan hiburan semata mata..jika ada yang sama munkin kebetulan agaknya...jangan marah yer...

No comments:

Post a Comment