kuew teow goreng


skang ni kuew teow menjadi pebret aku plak..keje nak makan kuew teow je..
haritu beli kat kedai dekat umah ni..alahai tak sedapnya...tu yang kali ni nak makan buat je la sendiri..
sedap2 tak sedap sendiri nak makan...leh letak apa je nak letak..beli apa pon takde..takat telur je..
harga rm3 hengget gak sebungkus..campak2 je la mana yang ado...


bahan-bahan:

1 paket kuew teow-dilerai
udang-dibuang kulit
fish cake-dihiris nipis
secekak kucai(tak letak takde stok)
segengam tauge
2 biji telur

bahan tumbuk:

3 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
2 sb cili kisar

bahan sos:

2 sb sos tiram
2 sb kicap manis
2 sb kicap cair
1 sb soya sos
sedikit minyak bijan



cara-cara:

1)tumis bahan tumbuk dan cili kisar..biar cili cukup masak
2)masukkan udang dan dikacau sampai udang masak
3)masukkan bahan sos dan gaul rata...masukkan tauge dan kucai diikuti dengan fish cake dan kacau rata.
4)masukkan kuew teow dan gaul sebati..ketepikan kuew teow dan pecahkan telur..biar telur mengeras sedikit dan digaulkan bersama kuew teow
5)masukkan minyak bijan sedikit..sesuaikan rasa  gaul rata dan boleh diangkat

 

P/S:GORENG KUEW TEOW GUNAKAN API YANG BESAR SUPAYA CEPAT MASAK DAN KUEW TEOW TAK HANCUR...KUEW TEOW CEPAT HANCUR JIKA DIKACAU TERLALU LAMA


~~~SELAMAT MENCUBA~~~

No comments:

Post a Comment

Post a Comment