resepi:sha ahmad
bahan untuk inti:
1 biji kentang-dipotong dadu
2 ulas bawang merah-dihiris
1 ulas bawang putih
1 sb udang kering-ditumbuk
1 1/2 sb rempah kari-jadikan pes
1 sb cili kisar
1 pokok daun sup-dihiris
garam dan gula secukup rasa
air secukupnya
cara buat inti:
1)tumis bawang merah dan bawang putih sehingga
wangi.masukkan pes rempah kari,cili kisar dan udang kering.tumis sehingga naik
minyak.
2)masukkan air dan kentang.gaul sebati dan masak sehingga
kentang empuk
3)masukkan garam,gula dan hirisan daun sup.gaul
sebati.rasa jika ok tutup api.sejukkan
bahan untuk kulit karipap:
2 1/2 cawan tepung gandum
2 sb mentega
4-5 sb minyak masak-dipanaskan
1/2 sk garam(anggaran)*
air sejuk dari peti sejuk secukupnya* }bahan * dicampur dan kacau hingga garam
larut
cara buat karipap
1)panaskan minyak.kemudian masukkan tepung kedalam
mangkuk dan masukkan mentega dan gaul menjadi serbuk roti
2)masukkan minyak panas sedikit demi sedikit sehingga
habis sambil digaulkan bersama tepung mengunakan senduk kayu atau sudu
besi.
3)agak dan boleh pegang..gaulkan je dengan tangan
sebatikan sehingga jadi serbuk roti
4)masukkan air sejuk yang dicampur garam sedikit demi sedikit
sehingga mendapat doh yang tak melekat pada tangan.rehatkan 1 jam
5)kemudian boleh la dicanai dan letak inti secukupnya dan
klim tepinya.goreng dengan minyak sederhana panas sehingga
kekuningan.
***tujuan sha gunakan air dari peti sejuk adalah untuk menggaringkan karipap..walaupon dah sejuk dia tak lemau..gigit masih ada kruppp..kruppp dia tu.
tak percaya cubalah sendiri..
~~SELAMAT MENCUBA~~
panas2 ni maunya 3 ketul sekali sapu ni ni kak sha..
ReplyDeletememang tak salah lagi..kompom lebih pon boleh...tengah panas2 tu la yang lagi sedap..
ReplyDelete