TAUGE KEKAL SEGAR


-}masukkan tauge yang telah dibersihkan kedalam sebekas air.

-}perah sedikit limau kedalamnya dan simpanlah tauge tersebut didalam peti sejuk.

-}pasti tauge itu akan kekal segar dalam tempoh yang lama.

-}tukar air rendaman tauge setiap hari demi mengekalkan kesegarannya

CILI KERING HILANGKAN KUTU BERAS



-}bagi yang berhadapan dengan masalah kutu beras yang sering kali terdapat didalam bekas simpanan beras anda

-}cara mengatasinya mudah saja

-}ambil segenggam cili kering,potong dua dan gaulkan bersama beras yang disimpan.

-}biarkan cili kering tersebut sehingga hasilnya dapat dilihat.

-}insyaallah dengan cara ini masalah kutu beras dapat diatasi


***sha dah try..alhamdulillah.. sebelum ni kat umah sha ni banyak semut2 halus..sampaikan dalam bekas beras pon dijelajahnya..sha letak setangkai cili kering dalam bekas tu..alhamdulillah..lari lintang pukang angkat bungkus pindah dari situ..rupanya bukan kutu beras je takleh chek in kat situ..cik ant pon takde can nak check in..

UBI KENTANG TIDAK LEBAM


-}ubi kentang yang dikupas kulit biasanya akan cepat lebam sekiranyan tidak dimasak segera.

-}bagi mengelakkan ubi kentang lebam,rendam kentang yang sudah dikupas dalam air bersih sehingga anda mau memasaknya.sebelum memasak basuh terlebih dahulu.

ELAK BUAH MENJADI LEBAM


UNTUK MENGELAKKAN BUAH YANG DIPOTONG MENJADI LEBAM.

-}selepas memotong buah masukkan buah kedalam semangkuk air garam sebentar

-}anda akan dapati buah yang dipotong tidak akan lebam walaupon dibiarkan lama diluar.

MENGHILANGKAN BAU PETAI


BAGI MEREKA YANG SUKA MEMAKAN PETAI BOLEHLAH CUBA PETUA INI

-}untuk mengelakkan bau yang kurang menyenangkan,caranya selepas memotong petai,rendamkan dalam air bersih selama 1 jam.

-}selepas itu bilas dengan air dan kemudian barulah dimasak mengikut kesukaan.

MELEMBUTKAN KACANG DAL


BAGI MELEMBUTKAN KACANG DAL

-}bersihkan terlebih dahulu kacang dal lalu rendamkan selama 15 minit.

-}kemudian rebus dengan mencampurkan sedikit minyak masak.anda akan dapati selepas itu kacang dal yang dimasak akan menjadi lembut

CILI KERING KISAR TAHAN LAMA


-}ramai suri rumah yang mengisar cili untuk stok seminggu atau lebih untuk memudahkan kerja memasak.
-}namun selalunya cili tidak dapat tahan lama kerana berkulat.
-}untuk mengelakkannya,kisar cili kering yang direbus dengan bawang besar,sedikit air panas dan air sehingga hancur.
-}simpan cili yang telah dikisar kedalam bekas bertutup dan ia boleh tahan sehingga dua minggu

CARA MUDAH MENGOPEK UDANG




UNTUK MEMUDAHKAN ANDA MENGOPEK UDANG TERUTAMA JIKA KUANTITINYA BANYAK

-}perahkan limau nipis kedalam semangkuk air.kemudian masukkan udang.biarkan selama 15 minit.kerja mengupas akan lebih mudah dan cepat.




KURANGKAN RASA PEDAS CILI



-}PETUA INI KHUSUSNYA KEPADA SURI RUMAH YANG SERING MENGGUNAKAN CILI KERING SEBAGAI MASAKAN HARIAN

-}cara untuk mengurangkan rasa pedas cili kering ialah dengan merendamkan cili kering tersebut dengan sedikit air beras.biarkan selama 10 minit.kemudian rebus dan kisar seperti biasa.

HILANGKAN RASA PAHIT PERIA



-}peria mempunyai banyak khasiat tetapi ramai yang tidak menggemarinya kerana pahit.

-}untuk menghilangkan rasa pahit tersebut,hiris kulit peria secara memangjang.buangkan semua kulit peria yang bewarna hijau.

-}kemudian rendamkan peria didalam air garam selama 10 mnit sebelum dimasak mengikut citarasa anda

KURANGKAN RASA PEDAS




-)bagi yang termakan cili dan tidak tahan dengan rasa pedas,kurangkan rasa pedasnya dengan memakan gula-gula.cara ini rasa pedas akan berkurangan.

TALAM ROTI LAPIS COKLAT


selamat pagi semua...
melapis pulak sha malam tadi..buat tuk makan sarapan pagi..dah lama duk ngintai resepi ni kat blog kak wan.baru malam tadi meringankan tulang gi melapis..sambil duk layan tv...resepinyer simple je..terima kasih kak wan kerana sudi share resepi ni...seronok duk geledah blog  kak wan .macam2 ada..jom tengok resepinya..

sumber resepi:resipicitarasawan.blogspot.com
olahan:sha ahmad

bahan-bahan:
4 keping roti sandwich-buang tepi,siat kecil dan rendam dengan 100ml air
50gm gula pasir
1/4 sk garam
200 ml santan kara
100ml air
60gm tepung beras
20gm tepung sagu
1 sk chocolate emulco


cara-cara:
1)masukkan roti yang direndam kedalam pengisar.ketepikan
2)satukan air,santan,gula dan garam,masak hingga gula larut.biarkan suma.kemudian masukkan tepung beras dan tepung sagu.gaul rata.
3)tuang campuran tadi kedalam pengisar dan kisar bersama roti yang direndam hingga halus
4)bahagikan kepada 2 bahagian,satu warna asal dan satu lagi dicampur dengan chocolate emulco.
5)tuang adunan asal,kukus selama 5 minit dalam pengukus yang dipanaskan terlebih dahulu.
6)kemudian tuangkan adunan coklat keatas lapisan bawah tadi.kukus selama 10-15 minit atau sehingga masak dengan api sederhana

**bungkus tutup pengukus dengan kain


                                                 ~~SELAMAT MENCUBA~~

MASALODE


selamat pagi semua...
dah sarapan semua..sha dah siap buat sarapan..tapi belum menjamu selera lagi..pagi ni dua menu sarapan...masalode pebret sha dengan talam roti lapis coklat...kat sini sha nak share resepi masalode yang selalu sha buat..mudah sangat nak buat...memang menjadi pebret sha sejak primary school lagi...



bahan-bahan:
1 cawan kacang dhal-direndam semalaman
1 labu bawang besar-diracik halus
1 sb jintan manis-ditumbuk
3 biji cili padi-dihiris serong
3 tangkai cili kering-dipotong serong
1 tangkai daun kari-dihiris halus
garam secukup rasa

cara-cara:
1)toskan kacang dhal yang direndam.kemudian kisar dengan menggunakan blander kering.jangan terlalu hancur sangat.
2)masukkan kedalam mangkuk,campurkan dengan bawang besar,cili padi,cili kering,daun kari dan jintan manis.gaul sebati semua bahan
3)ambil sedikit dan kepal2kan menjadi bulat dan tekan sedikit leper diatas tapak tangan.buat sampai habis
4)goreng dalam minyak panas sehingga kekuningan.



                                          ~~SELAMAT MENCUBA~~

SAMBAL AYAM LADA API




hai semua..
n3 harini resepi dari arwah mak mertua sha..menu wajib juga ni dalam family hubby.
sha buat pon ada masa menjadi ada masa kureng sikit..papepon takleh lawan arwah mak mertua sha masak la..lagi sedap..sedang2 elok je rasanya..

bahan-bahan:
5 ketul kepak ayam-dipotong antara kepak n drummet dia..
20 -25 biji cili padi-dikisar(bergantung pada saiz cili)
1 labu bawang besar-dihiris bulat
1/2 inci halia-dihiris mancis
1 ulas bawang merah-dihiris
2 ulas bawang putih-dihiris
1 keping asam keping
gula dan garam secukup rasa
air


cara-cara:
1)kepak ayam digaul garam kunyit dan digoreng 3/4 masak.ketepikan
2)dengan menggunakan minyak gorengan ayam tadi tumis bawang merah,bawang putih dan halia sehingga naik bau.
3)kemudian masukkan cili padi yang dikisar dan air secukupnya.masukkan asam keping.kacau sebati..masak sehingga cili naik minyak.
4)kemudian masukkan bawang besar,ayam,gula dan garam secukup rasa.gaul sebati.biar sekejap hingga bawang lembut.rasa jika ok tutup api..


                                            ~~SELAMAT MENCUBA~~

CENDAWAN TUMIS KUNYIT



selamat malam semua...
salah satu pebret sha..cendawan..harini menu tengahari tadi cendawan tumis kunyit.ni menu paling simple yang senang nak buat...dikala kemalasan melanda..
sebelum tu jom sama2 baca khasiat tentang cendawan ni kat SINI ok..banyak khasiat rupanya cendawan ni..sha pon baru tau...selalu makan je..



resepi:sha ahmad

bahan-bahan:
2 bungkus cendawan tiram kelabu-dikoyak kecil
2 ketul dada ayam-dipotong kecil
2 ulas bawang merah-dihiris
1 ulas bawang putih-dihiris
3 biji cili padi-dihiris(yang ni sha tak letak)
1/2 sk serbuk kunyit
air secukupnya
garam secukupnya

cara-cara:
1)tumis bawang merah dan bawang putih sehingga wangi.kemudian masukkan isi ayam yang dipotong kecil tadi.gaul sebati dan biar sekejap.
2)masukkan pula cendawan,garam,kunyit dan sedikit air.biarkan mendidih dan cendawan lembut sedikit
3)bila air agak kering,rasa jika ok tutup api.sedia dihidangkan.


                                                ~~SELAMAT MENCUBA~~

KHASIAT PERIA


Khasiat peria

Hidangan enak, kaya manfaat perubatan

RASA peria memang pahit menyebabkan tidak ramai yang menggemarinya. Tetapi, kata orang tua, pahit itu elok, pahit itu ubat dan sememangnya, peria banyak khasiatnya, malah boleh dijadikan hidangan enak jika kena cara memasaknya.
Bukan itu saja, peria atau nama saintifiknya, momordica charantia juga memberikan manfaat untuk individu menjaga kecantikan.
Begitulah hebatnya peria yang juga dikenali kambas, walaupun berasa pahit dan ramai yang kurang menyukai sayur itu, ternyata ia mempunyai banyak kebaikan. Justeru, ketepikan soal pahit dan cuba nikmati ‘kemanisan’ yang dimiliki peria. Antara pelbagai khasiat yang terdapat dalam sayur itu ialah mengandungi protein, lemak, mineral, serat, karbohidrat, vitamin dan kalsium.

Khasiat purba sudah diketahui sejak zaman purba lagi. Ketika itu, peria digunakan untuk merawat beberapa penyakit seperti kencing manis, darah tinggi dan buasir. Begitu juga bagi wanita yang baru bersalin, disyorkan mengamalkan makan peria ketika berpantang, lebih-lebih lagi apabila sudah kehilangan banyak darah sewaktu melahirkan anak.

Air rebusan peria juga dapat digunakan untuk menyejukkan bahagian dalaman tubuh, misalnya rasa panas radang manakala bagi yang mengalami buasir, disarankan rebus daun peria dan campurkan ke dalam segelas susu atau minuman setiap pagi.

Pengidap kencing manis, disarankan mengambil peria sebagai menu harian bagi penjagaan kesihatan kerana ia mengandungi insulin yang berfungsi mengawal kadar glukosa dalam darah.
Khasiat peria tidak saja dikenali di negara ini sebaliknya di seluruh dunia. Pakar perubatan China misalnya dikatakan, menggunakan peria untuk merawat asma dan haid yang lewat. Di Filipina, daun peria yang dilumatkan diletakkan ke dalam mulut bayi yang baru lahir untuk merangsangkan sistem imunisasi tubuhnya. Selain itu, ia digunakan juga sebagai ubat pupuk untuk merawat gigitan serangga.

Lebih menarik, kajian di luar negara mengenai peria mendapati masalah ketagihan alkohol juga boleh diatasi dengan meminum air daun peria. Di Australia dan Amerika Syarikat, peria kini menjadi bahan penting bagi merawat penyakit leukimia, HIV dan AIDS.

Selain kegunaan dalam perubatan dan menyembuhkan penyakit, peria boleh juga dijadikan hidangan enak yang membuka selera. Bagi yang ingin menjaga dan mengekalkan kesihatan sihat, bolehlah menggunakan sayur pahit itu dalam masakan. Dengan kandungan khasiatnya yang merangkumi serat, lemak, karbohidrat dan protein, anda boleh menghasilkan menu sihat.

Antara hidangan yang membangkitkan selera menggunakan peria ialah masak lemak cili api ikan tenggiri atau anda boleh juga menggantikannya dengan jenis ikan lain seperti kembung dan ikan merah. Dengan rasa kuah yang lemak dan pedas, rasa pahit pada peria dapat dilupakan seketika. Namun, jika untuk mengurangkan rasa pahit peria, amalan petua tradisional yang boleh diamalkan ialah merendamkan sayur itu dalam air kapur sirih sebelum dimasak.

Petua lain yang boleh diamalkan bagi mengatasi rasa pahit peria ialah hiriskan peria terlebih dulu mengikut keperluan masakan, kemudian gaulkan dengan garam kasar. Biarkan selama lima minit, selepas itu cuci peria berkenaan beberapa kali dengan air bersih sebelum dimasak. Hasilnya, buah peria yang sudah dimasak itu tidak akan berasa pahit apabila dimakan.

Peria juga boleh dijadikan hidangan sayur goreng yang sedap. Untuk tidak membiarkan hidangan sayur goreng itu hambar, anda boleh menambahkan kesedapannya dengan meletak rencah seperti udang, ayam dan telur.

Cara menyediakannya juga mudah iaitu dengan menumbuk dua ulas bawang, satu ulas bawang putih dan satu biji cili merah. Selepas ditumbuk, tumiskan dalam kuali yang berisi dua camca teh minyak masak. Apabila bahan yang ditumis sudah garing, masukkan rencah yang disukai dan biarkan seketika sebelum memasukkan peria yang sudah siap dihiris. Biarkan peria itu empuk dan bersatu dengan bahan ditumis tadi, kemudian barulah boleh dihidangkan untuk dimakan.

Resipi sihat yang lain ialah dengan menggoreng peria itu menjadi rangup sehingga sedap dimakan begitu saja. Jika anda kreatif dan gemar memasak, mungkin lebih banyak lagi resipi berasaskan peria yang boleh anda cipta. Malah, ada yang menghasilkan peria sebagai jus untuk menghilangkan dahaga dan smoothie bagi pembuka selera.

Kelebihan lain peria ialah memberikan manfaat dalam penjagaan kecantikan terutama kulit. Peria dikatakan, boleh membantu menghalang jerawat tumbuh berleluasa pada kulit muka kerana mengandungi ciri penulenan darah.

Dengan kebaikan dan kelebihan yang ada pada peria, rugi sekali jika tidak mengambil kesempatan atau memanfaatkan ia sepenuhnya dalam kehidupan seharian anda.

INFO: Kebaikan peria


  • Penjagaan kulit
    Peria boleh menghalang jerawat tumbuh berleluasa pada kulit muka kerana mengandungi ciri penulenan darah. Kulit muka juga akan nampak lebih berseri-seri.

  • Perangsang imun
    Minum segelas jus peria setiap pagi dapat membantu menguatkan sistem imun dalam badan. Sistem imun ibarat ‘pengawal keselamatan’ yang menghalang penyakit menyerang.

  • Penjagaan mata
    Peria juga seperti lobak, mengandungi karoten yang tinggi. Karoten dapat mengurangkan masalah mata.

  • Menurunkan berat badan
    Peria dapat merangsang hati untuk rembesan jus hempedu yang sangat penting untuk meningkatkan metabolisme badan.

  • Baik untuk perut
    - Peria sememangnya ejen pencernaan yang bagus dan boleh menghalang sembelit kerana ia mengandungi selulosa yang juga sumber serat terbaik.

    INFO: Peria

  • Peria adalah sejenis tumbuhan memanjat.

  • Dipercayai berasal dari Selatan China.

  • Peria juga dikenali sebagai ‘ku gua’ sudah lama digunakan sebagai satu herba dalam perubatan tradisional China.

  • Penggunaan peria kini semakin meluas. Di Asia Tenggara, Australia dan Amerika Syarikat, peria kini menjadi bahan penting bagi merawat penyakit leukimia, HIV dan AIDS.

  • Biarpun setakat ini belum ada kajian saintifik sepenuhnya dijalankan bagi menguji keberkesanan peria dalam menangani penyakit berkenaan, terdapat beberapa kes yang menunjukkan tumbuhan itu boleh membantu menghentikan dan ada kalanya membalikkan penyakit itu daripada merebak.

  • Peria didapati boleh meningkatkan semula kiraan sel CD4 (sel imun) dalam tubuh manusia. Ujian darah untuk meguji jumlah kiraan sel imun adalah perkara paling asas untuk mengetahui perkembangan dan betapa seriusnya terhadap HIV dan AIDS.

  • Peria juga didapati berguna untuk merawat arthritis dan ‘opportunistia infections’, misalnya harpes kemaluan, tuberkolisis dan beberapa jenis penyakit kulit yang menyerang berikutan sistem imunisasi lemah.
  • KHASIAT TAUGEH

    Khasiat Taugeh Mampu Menyembuhkan Pelbagai Jenis Penyakit

    By HPA Online Network
    Tapi tahukah anda, taugeh yang kerap kali menjadi pilihan terakhir untuk dijadikan sayur, sebenarnya mempunyai banyak khasiat. taugeh dikatakan mampu menyumbang kepada kesuburan lelaki dan wanita. Pengambilan taugeh oleh kaum lelaki mampu membuatkan sperma yang dihasilkan oleh golongan ini makin baik. Begitu juga wanita, ia cukup berkesan membantu kesuburan telur yang dihasilkan.


    Bagaimanapun, khasiat taugeh tidak sekadar penyumbang kesuburan, ia juga terbukti melalui kajian mengandungi bahan yang dapat melumpuhkan bibit kanser, usus besar, pankreas dan juga penyakit leukimia.
    Mengikut kajian yang dijalankan taugeh sama ada dari jenis kacang hijau, alfalfa dan sebagainya mengandungi banyak unsur fitokimia yang berkhasiat. Salah satunya ialah kanavanin (canavanine), sejenis asid yang amino. Kanavanin, dikatakan mampu melumpuhkan bibit kanser leukimia, usus besar dan pankreas.
    Selain itu, taugeh juga mempunyai estrogen semulajadi berfungsi sama dengan estrogen sintesis. Estrogen dalam taugeh dapat meningkatkan kepadatan dan susunan tulang, serta mencegah kerapuhan tulang (osteoporosis). Pengambilan taugeh oleh wanita secara kerap dapat membantu mereka menghindar mereka dari kanser payudara, gangguan menjelang menstruasi, simptom pra-menopaus, dan gangguan akibat menopaus.
    Sewaktu kacang-kacang dicambahkan untuk dijadikan taugeh secara umum kadar saponinya meningkat sehingga 450 peratus. Mereka yang berisiko penyakit strok dan serangan jantung, gara-gara kadar lemak darah yang tinggi dianjurkan lebih banyak mengambil taugeh dalam menu harian mereka. Saponi dalam taugeh, menghalau “lemak jahat” LDL, tanpa mengganggu kandungan lemak baik HDL.
    Selain sarat DNA, taugeh padat dengan antioksida kuat yang menghalang tubuh dari radikal bebas perosak sel DNA. Pelindungan ini menguatkan kesimpulan taugeh merupakan sayuran yang membuat anda menjadi lebih muda. Satu lagi khasiat taugeh yang tidak kurang hebat adalah membantu membuang kotoran dalam usus besar kerana mengandungi banyak serat dan air. Inilah yang menjadi tunjang utama taugeh dalam memerangi sel kanser.
    Apabila kotoran segera meniggalkan usus besar, tiada lagi zat-zat racun dalam kotoran yang yang dapat diserap tubuh. Ia akan mencegah pengumpulan bahan beracun yang dapat merangsang berseminya benih kanser. Selepas membaca kebaikan sayur taugeh janganlah ragu-ragu lagi untuk mengambilnya. Jadi apalagi, mari kita ramai-ramai makan taugeh hari-hari.

    KHASIAT DAN KEGUNAAN PISANG



    MEMBEKALKAN TENAGA

    Menurut kajian tempatan yang dilakukan, 100 gram pisang menyediakan 1.2 gm protein, 0.3 gm lemak, 17 mg kalsium, 78 mg karotena, 88 mg kalium, 27.2 gm karbohidrat, 0.4 gm serabut, dan 116 kcal tenaga.
    Pisang juga mengandungi asid, enzim, dan sebatian kimia penting. Ia juga mengandungi tiga jenis gula semulajadi iaitu sukrosa, fruktosa, dan glukosa. Gula semulajadi ini amat penting untuk kanak-kanak yang sedang membesar.
    Selain itu, menurut Persatuan Pisang Antarabangsa, pisang juga mengandungi magnesium, fosforus, iodine, kuprum, vitamin B1, B2, B6 & C, niasin, dan folat.
    Penyelidikan yang dijalankan membuktikan dua biji pisang boleh membekalkan tenaga untuk kita melakukan kerja atau senaman berat selama 90 minit.
    Selain itu dalam perubatan traditional, jantung pisang dianggap elok untuk pelbagai organ dalam badan seperti jantung, hati, paru-paru dan limfa.

    KEGUNAAN

    Di Malaysia, pisang mempunyai pelbagai kegunaan selain daripada dimakan buahnya.
    Daun pisang biasanya digunakan sebagai alas makanan kerana ia menghasilkan bau yang harum apabila terkena makanan yang panas. Daun pisang boleh digunakan sebagai pelindung hujan, pembalut kuih, dan pembalut masakan seperti ikan bakar atau kuih lepat.
    Batang pisang pula boleh digunakan untuk membuat rakit. Selain itu batang pisang mempunyai gentian yang banyak dan boleh diproses secara perdagangan untuk membuat tali dan bahan seumpamanya seperti guni.
    Buah pisang boleh dimakan masak begitu sahaja atau diambil semasa muda untuk dimasak sebagai lauk, digoreng, dibuat sira, dibuat pengat pisang, dan dijadikan kerepek. Selain buah pisang, jantung pisang juga boleh dibuat sebagai ulam selepas dicelur. Batang pisang juga mempunyai empulur lembut atau dipanggil umbut di tengah-tengahnya dan sesuai dijadikan sumber makanan.

     PISANG DAN KESIHATAN

    Pisang juga boleh membantu dalam keadaan kesihatan tertentu:
    1. Darah tinggi dan strok - pisang membantu menurunkan tekanan darah tinggi kerana kandungan potasiumnya yang tinggi.
    2. Kolestrol - pisang rendah dari segi kalori lemak, sodium yang membantu merendah kolestrol.
    3. Cirit-birit - potasium dan magnesium yang terkandung di dalam pisang amat sesuai merawat orang yang mengalami cirit-birit.
    4. Anaemia - anaemia ialah penyakit kurang darah. Kerana pisang kaya dengan zat besi, ia boleh merangsang penghasilan haemoglobin di dalam darah.
    5. Kemurungan - orang yang sedang murung lebih cepat ceria apabila makan pisang. Ini kerana kandungan sejenis protein membantu kita menjadi tenang.
    6. Pening-pening - cara paling cepat merawat rasa pening-pening ialah dengan meminum minuman susu pisang kocak (banana milkshake) yang dicampur madu. Minuman ini bukan sahaja merawat malah sedap pula.
    Bagaimanapun, pisang tidak sesuai bagi pesakit kencing manis. Ini kerana kandungan gula di dalam pisang adalah tinggi. Terdapat 25 gram gula setiap 126 gram pisang (19.85%)

    BANANA PANCAKE



    assalammualaikum dan selamat petang semua..
    apa khabar..sehat ke..cuaca petang ni mendung je..tadi dah hujan kejap kat tempat sha ni..hari ni menu sha tu banana pancake omputih cakap la..atau gelaran paling mantOp..lempeng pisang ler apa lagi.

                                                                pisang montel
                                
    resepi:sha ahmad
    saiz hidangan:5-6 orang makan

    bahan-bahan:
    8 biji pisang montel-yang ranum
    1/2 cawan gula pasir
    1/2 cawan kelapa parut putih
    1 sk baking powder
    1/2 sk garam
    1 1/2 tepung gandum
    sedikit air-jika perlu


    cara-cara:
    1)lecek pisang tadi hingga lumat.masukkan garam,gula,baking powder dan gaulkan sebati
    2)kemudian masukkan kelapa parut dan tepung sedikit demi sedikit.gaulkan sebati(adunan tidak terlalu pekat atau terlalu cair).jika terlalu pekat boleh tambah sedikit air.
    3)panaskan non stik pan,lenser dengan sedikit minyak dan sendukkan satu senduk adunan kedalam pan tadi.ratakan dan tutup dengan tudung periuk.
    4)apabila telah masak terbalikkan dan masak lagi hingga kekuningan.angkat dan hidangkan.

    **jom kita baca khasiat pisang KAT SINI yer


                                              ~SELAMAT MENCUBA~

    AGAR HALIA TIDAK KECUT



    ~~cara simpan halia agar tidak kecut atau tumbuh~~

    -}balut halia yang baru dibeli dengan kertas surat khabar 2-3 helai.ikat dengan getah dan simpan dalam peti sejuk.