assalammualaikum semua..terima kasih banyak2 kerana sudi berkunjung ke blog sha yang tak seberapa ni..sebagai tanda persahabatan dan terima kasih sudi2 lah kiranya follow blog sha yer..dapat kita sama2 mengeratkan silatulrahim sesama manusia...
ASAM PEDAS IKAN TENGGIRI
selamat petang semua....
harini n3 simple dari sha..asam pedas ikan tenggiri .sebenarnya dah lama sha tak makan asam pedas letak daun kesum n bunga kantan ni...setiap kali sha buat asam pedas..memang tak letak daun kesum..
hubby sha memang tak suka daun kesum dengan bunga kantan..tapi nasib baik la dia boleh terima pula kalau dalam kuah laksa..camna rasa la kalau buat kuah laksa tak letak daun kesum dan bunga kantan..kalau sha buat pon salah satu mesti letak kalau tak letak dua2..
mula2 dulu pelik juga sha dengar asam pedas tak letak daun kesum..dah 6 taun usia perkahwinan sha..dah biasa ler..lagipon family mertua pon memang tak makan...jom layan asam pedas sha style
ni rupa halba yer bagi yang tak tahu
resepi:sha ahmad
bahan-bahan:
4 ketul ikan tenggiri
1 ketul terung panjang-dibelah2
2 biji tomato-dibelah 4
4 sb cili kisar
100 ml air asam jawa
1/2 inci halia*
1 labu bawang besar* }bahan * dikisar halus
3 ulas bawang putih*
1/2 inci kunyit hidup*
1/2 sk halba
2 batang serai-diketuk
400-500ml air
garam dan gula secukup rasa
cara-cara:
1)tumis bahan kisar,serai dan cili sehingga naik minyak
2)selepas itu masukkan air asam jawa dan kacau sebati..masukkan pula air secukupnya.biarkan mendidih dan masukkan terung.masak hingga terung hampir lembut.
3)kemudian masukkan ikan,garam dan gula secukup rasa.masak hingga ikan empuk.tutup api dan masukkan tomato kacau sekejap.
4)angkat dan hidangkan
~SELAMAT MENCUBA~
Labels:
ikan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment