Showing posts with label khasiat. Show all posts
Showing posts with label khasiat. Show all posts

KHASIAT PERIA UNTUK KESIHATAN

 
Hidangan enak, kaya manfaat perubatan

 

RASA peria memang pahit menyebabkan tidak ramai yang menggemarinya. Tetapi, kata orang tua, pahit itu elok, pahit itu ubat dan sememangnya, peria banyak khasiatnya, malah boleh dijadikan hidangan enak jika kena cara memasaknya.

Bukan itu saja, peria atau nama saintifiknya, momordica charantia juga memberikan manfaat untuk individu menjaga kecantikan.

Begitulah hebatnya peria yang juga dikenali kambas, walaupun berasa pahit dan ramai yang kurang menyukai sayur itu, ternyata ia mempunyai banyak kebaikan. Justeru, ketepikan soal pahit dan cuba nikmati ‘kemanisan’ yang dimiliki peria. Antara pelbagai khasiat yang terdapat dalam sayur itu ialah mengandungi protein, lemak, mineral, serat, karbohidrat, vitamin dan kalsium.

Khasiat purba sudah diketahui sejak zaman purba lagi. Ketika itu, peria digunakan untuk merawat beberapa penyakit seperti kencing manis, darah tinggi dan buasir. Begitu juga bagi wanita yang baru bersalin, disyorkan mengamalkan makan peria ketika berpantang, lebih-lebih lagi apabila sudah kehilangan banyak darah sewaktu melahirkan anak.

Air rebusan peria juga dapat digunakan untuk menyejukkan bahagian dalaman tubuh, misalnya rasa panas radang manakala bagi yang mengalami buasir, disarankan rebus daun peria dan campurkan ke dalam segelas susu atau minuman setiap pagi.

Pengidap kencing manis, disarankan mengambil peria sebagai menu harian bagi penjagaan kesihatan kerana ia mengandungi insulin yang berfungsi mengawal kadar glukosa dalam darah.

Khasiat peria tidak saja dikenali di negara ini sebaliknya di seluruh dunia. Pakar perubatan China misalnya dikatakan, menggunakan peria untuk merawat asma dan haid yang lewat. Di Filipina, daun peria yang dilumatkan diletakkan ke dalam mulut bayi yang baru lahir untuk merangsangkan sistem imunisasi tubuhnya. Selain itu, ia digunakan juga sebagai ubat pupuk untuk merawat gigitan serangga.

Lebih menarik, kajian di luar negara mengenai peria mendapati masalah ketagihan alkohol juga boleh diatasi dengan meminum air daun peria. Di Australia dan Amerika Syarikat, peria kini menjadi bahan penting bagi merawat penyakit leukimia, HIV dan AIDS.

Selain kegunaan dalam perubatan dan menyembuhkan penyakit, peria boleh juga dijadikan hidangan enak yang membuka selera. Bagi yang ingin menjaga dan mengekalkan kesihatan sihat, bolehlah menggunakan sayur pahit itu dalam masakan. Dengan kandungan khasiatnya yang merangkumi serat, lemak, karbohidrat dan protein, anda boleh menghasilkan menu sihat.

Antara hidangan yang membangkitkan selera menggunakan peria ialah masak lemak cili api ikan tenggiri atau anda boleh juga menggantikannya dengan jenis ikan lain seperti kembung dan ikan merah. Dengan rasa kuah yang lemak dan pedas, rasa pahit pada peria dapat dilupakan seketika. Namun, jika untuk mengurangkan rasa pahit peria, amalan petua tradisional yang boleh diamalkan ialah merendamkan sayur itu dalam air kapur sirih sebelum dimasak.

Petua lain yang boleh diamalkan bagi mengatasi rasa pahit peria ialah hiriskan peria terlebih dulu mengikut keperluan masakan, kemudian gaulkan dengan garam kasar. Biarkan selama lima minit, selepas itu cuci peria berkenaan beberapa kali dengan air bersih sebelum dimasak. Hasilnya, buah peria yang sudah dimasak itu tidak akan berasa pahit apabila dimakan.

Peria juga boleh dijadikan hidangan sayur goreng yang sedap. Untuk tidak membiarkan hidangan sayur goreng itu hambar, anda boleh menambahkan kesedapannya dengan meletak rencah seperti udang, ayam dan telur.

Cara menyediakannya juga mudah iaitu dengan menumbuk dua ulas bawang, satu ulas bawang putih dan satu biji cili merah. Selepas ditumbuk, tumiskan dalam kuali yang berisi dua camca teh minyak masak. Apabila bahan yang ditumis sudah garing, masukkan rencah yang disukai dan biarkan seketika sebelum memasukkan peria yang sudah siap dihiris. Biarkan peria itu empuk dan bersatu dengan bahan ditumis tadi, kemudian barulah boleh dihidangkan untuk dimakan.

Resipi sihat yang lain ialah dengan menggoreng peria itu menjadi rangup sehingga sedap dimakan begitu saja. Jika anda kreatif dan gemar memasak, mungkin lebih banyak lagi resipi berasaskan peria yang boleh anda cipta. Malah, ada yang menghasilkan peria sebagai jus untuk menghilangkan dahaga dan smoothie bagi pembuka selera.

Kelebihan lain peria ialah memberikan manfaat dalam penjagaan kecantikan terutama kulit. Peria dikatakan, boleh membantu menghalang jerawat tumbuh berleluasa pada kulit muka kerana mengandungi ciri penulenan darah.

Dengan kebaikan dan kelebihan yang ada pada peria, rugi sekali jika tidak mengambil kesempatan atau memanfaatkan ia sepenuhnya dalam kehidupan seharian anda.

INFO: Kebaikan peria

  • Penjagaan kulit
    Peria boleh menghalang jerawat tumbuh berleluasa pada kulit muka kerana mengandungi ciri penulenan darah. Kulit muka juga akan nampak lebih berseri-seri.

  • Perangsang imun
    Minum segelas jus peria setiap pagi dapat membantu menguatkan sistem imun dalam badan. Sistem imun ibarat ‘pengawal keselamatan’ yang menghalang penyakit menyerang.

  • Penjagaan mata
    Peria juga seperti lobak, mengandungi karoten yang tinggi. Karoten dapat mengurangkan masalah mata.

  • Menurunkan berat badan
    Peria dapat merangsang hati untuk rembesan jus hempedu yang sangat penting untuk meningkatkan metabolisme badan.

  • Baik untuk perut
    - Peria sememangnya ejen pencernaan yang bagus dan boleh menghalang sembelit kerana ia mengandungi selulosa yang juga sumber serat terbaik.

    INFO: Peria

  • Peria adalah sejenis tumbuhan memanjat.

  • Dipercayai berasal dari Selatan China.

  • Peria juga dikenali sebagai ‘ku gua’ sudah lama digunakan sebagai satu herba dalam perubatan tradisional China.

  • Penggunaan peria kini semakin meluas. Di Asia Tenggara, Australia dan Amerika Syarikat, peria kini menjadi bahan penting bagi merawat penyakit leukimia, HIV dan AIDS.

  • Biarpun setakat ini belum ada kajian saintifik sepenuhnya dijalankan bagi menguji keberkesanan peria dalam menangani penyakit berkenaan, terdapat beberapa kes yang menunjukkan tumbuhan itu boleh membantu menghentikan dan ada kalanya membalikkan penyakit itu daripada merebak.

  • Peria didapati boleh meningkatkan semula kiraan sel CD4 (sel imun) dalam tubuh manusia. Ujian darah untuk meguji jumlah kiraan sel imun adalah perkara paling asas untuk mengetahui perkembangan dan betapa seriusnya terhadap HIV dan AIDS.

  • Peria juga didapati berguna untuk merawat arthritis dan ‘opportunistia infections’, misalnya harpes kemaluan, tuberkolisis dan beberapa jenis penyakit kulit yang menyerang berikutan sistem imunisasi lemah


  • cendawan kukur @ kulat sisir


    Nama saintifiknya ialah Schizophyllun Commune. Ia merupakan sejenis cendawan klasik yang mudah ditemui pada kayu mati terutamanya batang kayu getah dan lain-lain. Sifatnya yang lasak memudahkan ia tumbuh dan tidak memerlukan penjagaan rapi. Ia mengandungi Schizophyllan iaitu bahan di dalam ubat antitumor dan kanser. Ia juga membantu meningkatkan sistem imuniti tubuh, antiradang,antibakteria,antiparasit dan melindungi hati.

    cendawan segar yang baru dipetik boleh terus dimasak dan amat enak.jika cendawan ini nak disimpan ianya perlu dijemur sehingga kering dan bolehlah disimpan.cendawan kukur kering perlu direndam dahulu dengan air bersih untuk mengembangkannya semula sebelum dimasak.
    cendawan ini berbentuk kulit kerang dimana ia mempunyai pangkal yang melekat pada batang kayu dengan kuat.warna cendawan kukur adalah kelabu coklat keputihan bergantung kepada jenis kayu dan habitat kelilingnya
     
    ehsan google
     
    cendawan yang baru dipetik dari pokok mati
     
     
    menu dari cendawan kukur saya..masak lemak
     
     

    KHASIAT DAN KEGUNAAN HAMPAS KELAPA



    Khasiat dan kegunaan Hampas Kelapa

    -}Untuk menyuburkan tanaman seperti pokok limau kerisik, pokok jambu atau pokok cili. Taburkan hampas kelapa pada pangkal pokok tersebut. Selain cepat subur, pokok akan selalu berbuah.

    -}Jangan buang terus hampas kelapa yang telah diperah. Gunakannya dengan meramas hampas itu dengan kedua-dua belah tapak tangan. Amalkan selalu. Hasilnya tangan anda akan menjadi lembut tanpa penggunaan losyen

    KHASIAT DAN KANDUNGAN KACANG HIJAU

    KANDUNGAN DAN KHASIAT KACANG HIJAU MENINGKATKAN KESUBURAN PASANGAN SUAMI ISTERI


    Kandungan dan Khasiat Kacang Hijau:
    - Memperkuat tulang.
    - Menurunkan berat badan.
    - AntiOksidan mencegah penuaan dini dan mencegah penyebaran sel kanker.
    - Meningkatkan kesuburan pasangan suami istri.
    - Menambah tenaga agar tidak mudah lelah.
    - Memperkuat daya konsentrasi

    Ada banyak mitos mengenai kesuburan, salah satunya adalah dengan mengambil kacang hijau dapat meningkatkan kesuburan pasangan suami dan istri. Tak salah memang, tapi apakah Anda mengetahui kandungan kacang hijau yang sebenarnya ?

    Kacang hijau atau Phaselous Aureus berasal dari famili Leguminosease atau polong-polongan. Kacang hijau memiliki nutrisi penting, seperti sumber mineral (kalsium dan fosfor) yang bermanfaat untuk memperkuat tulang, kandungan asam lemak tak jenuh yang aman dikonsumsi, khususnya bagi mereka yang memang menderita obesiti untuk menurunkan berat badan.

    Kacang hijau juga mengandung protein sebanyak 24%, sehingga alternatif terbaik untuk memperoleh protein selain dari ikan adalah dari kacang-kacangan, termasuk kacang hijau.

    Bagi orang yang kekurangan vitamin B1, dapat mengonsumsi kacang hijau. Vitamin B1 merupakan bagian dari koenzim yang berperan penting dalam oksidasi karbohidrat untuk diubah menjadi eneergi. Tanpa vitamin B1, tubuh akan mengalami kesulitan dalam memecah karbohidrat. Selain itu, orang yang kekurangan vitamin B1 akan muncul gejala gangguan mood, sulit berkonsentrasi, dan mudah lelah.

    Vitamin B2 yang terkandung pada kacang hijau dapat membantu penyerapan protein di dalam tubuh. Antioksidan yang ada di kacang hijau sangat baik untuk mencegah penuaan dini dan mencegah penyebaran sel kanker, dan tentu saja kandungan vitamin E-nya membantu meningkatkan kesuburan.


     

    KHASIAT PERIA


    Khasiat peria

    Hidangan enak, kaya manfaat perubatan

    RASA peria memang pahit menyebabkan tidak ramai yang menggemarinya. Tetapi, kata orang tua, pahit itu elok, pahit itu ubat dan sememangnya, peria banyak khasiatnya, malah boleh dijadikan hidangan enak jika kena cara memasaknya.
    Bukan itu saja, peria atau nama saintifiknya, momordica charantia juga memberikan manfaat untuk individu menjaga kecantikan.
    Begitulah hebatnya peria yang juga dikenali kambas, walaupun berasa pahit dan ramai yang kurang menyukai sayur itu, ternyata ia mempunyai banyak kebaikan. Justeru, ketepikan soal pahit dan cuba nikmati ‘kemanisan’ yang dimiliki peria. Antara pelbagai khasiat yang terdapat dalam sayur itu ialah mengandungi protein, lemak, mineral, serat, karbohidrat, vitamin dan kalsium.

    Khasiat purba sudah diketahui sejak zaman purba lagi. Ketika itu, peria digunakan untuk merawat beberapa penyakit seperti kencing manis, darah tinggi dan buasir. Begitu juga bagi wanita yang baru bersalin, disyorkan mengamalkan makan peria ketika berpantang, lebih-lebih lagi apabila sudah kehilangan banyak darah sewaktu melahirkan anak.

    Air rebusan peria juga dapat digunakan untuk menyejukkan bahagian dalaman tubuh, misalnya rasa panas radang manakala bagi yang mengalami buasir, disarankan rebus daun peria dan campurkan ke dalam segelas susu atau minuman setiap pagi.

    Pengidap kencing manis, disarankan mengambil peria sebagai menu harian bagi penjagaan kesihatan kerana ia mengandungi insulin yang berfungsi mengawal kadar glukosa dalam darah.
    Khasiat peria tidak saja dikenali di negara ini sebaliknya di seluruh dunia. Pakar perubatan China misalnya dikatakan, menggunakan peria untuk merawat asma dan haid yang lewat. Di Filipina, daun peria yang dilumatkan diletakkan ke dalam mulut bayi yang baru lahir untuk merangsangkan sistem imunisasi tubuhnya. Selain itu, ia digunakan juga sebagai ubat pupuk untuk merawat gigitan serangga.

    Lebih menarik, kajian di luar negara mengenai peria mendapati masalah ketagihan alkohol juga boleh diatasi dengan meminum air daun peria. Di Australia dan Amerika Syarikat, peria kini menjadi bahan penting bagi merawat penyakit leukimia, HIV dan AIDS.

    Selain kegunaan dalam perubatan dan menyembuhkan penyakit, peria boleh juga dijadikan hidangan enak yang membuka selera. Bagi yang ingin menjaga dan mengekalkan kesihatan sihat, bolehlah menggunakan sayur pahit itu dalam masakan. Dengan kandungan khasiatnya yang merangkumi serat, lemak, karbohidrat dan protein, anda boleh menghasilkan menu sihat.

    Antara hidangan yang membangkitkan selera menggunakan peria ialah masak lemak cili api ikan tenggiri atau anda boleh juga menggantikannya dengan jenis ikan lain seperti kembung dan ikan merah. Dengan rasa kuah yang lemak dan pedas, rasa pahit pada peria dapat dilupakan seketika. Namun, jika untuk mengurangkan rasa pahit peria, amalan petua tradisional yang boleh diamalkan ialah merendamkan sayur itu dalam air kapur sirih sebelum dimasak.

    Petua lain yang boleh diamalkan bagi mengatasi rasa pahit peria ialah hiriskan peria terlebih dulu mengikut keperluan masakan, kemudian gaulkan dengan garam kasar. Biarkan selama lima minit, selepas itu cuci peria berkenaan beberapa kali dengan air bersih sebelum dimasak. Hasilnya, buah peria yang sudah dimasak itu tidak akan berasa pahit apabila dimakan.

    Peria juga boleh dijadikan hidangan sayur goreng yang sedap. Untuk tidak membiarkan hidangan sayur goreng itu hambar, anda boleh menambahkan kesedapannya dengan meletak rencah seperti udang, ayam dan telur.

    Cara menyediakannya juga mudah iaitu dengan menumbuk dua ulas bawang, satu ulas bawang putih dan satu biji cili merah. Selepas ditumbuk, tumiskan dalam kuali yang berisi dua camca teh minyak masak. Apabila bahan yang ditumis sudah garing, masukkan rencah yang disukai dan biarkan seketika sebelum memasukkan peria yang sudah siap dihiris. Biarkan peria itu empuk dan bersatu dengan bahan ditumis tadi, kemudian barulah boleh dihidangkan untuk dimakan.

    Resipi sihat yang lain ialah dengan menggoreng peria itu menjadi rangup sehingga sedap dimakan begitu saja. Jika anda kreatif dan gemar memasak, mungkin lebih banyak lagi resipi berasaskan peria yang boleh anda cipta. Malah, ada yang menghasilkan peria sebagai jus untuk menghilangkan dahaga dan smoothie bagi pembuka selera.

    Kelebihan lain peria ialah memberikan manfaat dalam penjagaan kecantikan terutama kulit. Peria dikatakan, boleh membantu menghalang jerawat tumbuh berleluasa pada kulit muka kerana mengandungi ciri penulenan darah.

    Dengan kebaikan dan kelebihan yang ada pada peria, rugi sekali jika tidak mengambil kesempatan atau memanfaatkan ia sepenuhnya dalam kehidupan seharian anda.

    INFO: Kebaikan peria


  • Penjagaan kulit
    Peria boleh menghalang jerawat tumbuh berleluasa pada kulit muka kerana mengandungi ciri penulenan darah. Kulit muka juga akan nampak lebih berseri-seri.

  • Perangsang imun
    Minum segelas jus peria setiap pagi dapat membantu menguatkan sistem imun dalam badan. Sistem imun ibarat ‘pengawal keselamatan’ yang menghalang penyakit menyerang.

  • Penjagaan mata
    Peria juga seperti lobak, mengandungi karoten yang tinggi. Karoten dapat mengurangkan masalah mata.

  • Menurunkan berat badan
    Peria dapat merangsang hati untuk rembesan jus hempedu yang sangat penting untuk meningkatkan metabolisme badan.

  • Baik untuk perut
    - Peria sememangnya ejen pencernaan yang bagus dan boleh menghalang sembelit kerana ia mengandungi selulosa yang juga sumber serat terbaik.

    INFO: Peria

  • Peria adalah sejenis tumbuhan memanjat.

  • Dipercayai berasal dari Selatan China.

  • Peria juga dikenali sebagai ‘ku gua’ sudah lama digunakan sebagai satu herba dalam perubatan tradisional China.

  • Penggunaan peria kini semakin meluas. Di Asia Tenggara, Australia dan Amerika Syarikat, peria kini menjadi bahan penting bagi merawat penyakit leukimia, HIV dan AIDS.

  • Biarpun setakat ini belum ada kajian saintifik sepenuhnya dijalankan bagi menguji keberkesanan peria dalam menangani penyakit berkenaan, terdapat beberapa kes yang menunjukkan tumbuhan itu boleh membantu menghentikan dan ada kalanya membalikkan penyakit itu daripada merebak.

  • Peria didapati boleh meningkatkan semula kiraan sel CD4 (sel imun) dalam tubuh manusia. Ujian darah untuk meguji jumlah kiraan sel imun adalah perkara paling asas untuk mengetahui perkembangan dan betapa seriusnya terhadap HIV dan AIDS.

  • Peria juga didapati berguna untuk merawat arthritis dan ‘opportunistia infections’, misalnya harpes kemaluan, tuberkolisis dan beberapa jenis penyakit kulit yang menyerang berikutan sistem imunisasi lemah.
  • KHASIAT TAUGEH

    Khasiat Taugeh Mampu Menyembuhkan Pelbagai Jenis Penyakit

    By HPA Online Network
    Tapi tahukah anda, taugeh yang kerap kali menjadi pilihan terakhir untuk dijadikan sayur, sebenarnya mempunyai banyak khasiat. taugeh dikatakan mampu menyumbang kepada kesuburan lelaki dan wanita. Pengambilan taugeh oleh kaum lelaki mampu membuatkan sperma yang dihasilkan oleh golongan ini makin baik. Begitu juga wanita, ia cukup berkesan membantu kesuburan telur yang dihasilkan.


    Bagaimanapun, khasiat taugeh tidak sekadar penyumbang kesuburan, ia juga terbukti melalui kajian mengandungi bahan yang dapat melumpuhkan bibit kanser, usus besar, pankreas dan juga penyakit leukimia.
    Mengikut kajian yang dijalankan taugeh sama ada dari jenis kacang hijau, alfalfa dan sebagainya mengandungi banyak unsur fitokimia yang berkhasiat. Salah satunya ialah kanavanin (canavanine), sejenis asid yang amino. Kanavanin, dikatakan mampu melumpuhkan bibit kanser leukimia, usus besar dan pankreas.
    Selain itu, taugeh juga mempunyai estrogen semulajadi berfungsi sama dengan estrogen sintesis. Estrogen dalam taugeh dapat meningkatkan kepadatan dan susunan tulang, serta mencegah kerapuhan tulang (osteoporosis). Pengambilan taugeh oleh wanita secara kerap dapat membantu mereka menghindar mereka dari kanser payudara, gangguan menjelang menstruasi, simptom pra-menopaus, dan gangguan akibat menopaus.
    Sewaktu kacang-kacang dicambahkan untuk dijadikan taugeh secara umum kadar saponinya meningkat sehingga 450 peratus. Mereka yang berisiko penyakit strok dan serangan jantung, gara-gara kadar lemak darah yang tinggi dianjurkan lebih banyak mengambil taugeh dalam menu harian mereka. Saponi dalam taugeh, menghalau “lemak jahat” LDL, tanpa mengganggu kandungan lemak baik HDL.
    Selain sarat DNA, taugeh padat dengan antioksida kuat yang menghalang tubuh dari radikal bebas perosak sel DNA. Pelindungan ini menguatkan kesimpulan taugeh merupakan sayuran yang membuat anda menjadi lebih muda. Satu lagi khasiat taugeh yang tidak kurang hebat adalah membantu membuang kotoran dalam usus besar kerana mengandungi banyak serat dan air. Inilah yang menjadi tunjang utama taugeh dalam memerangi sel kanser.
    Apabila kotoran segera meniggalkan usus besar, tiada lagi zat-zat racun dalam kotoran yang yang dapat diserap tubuh. Ia akan mencegah pengumpulan bahan beracun yang dapat merangsang berseminya benih kanser. Selepas membaca kebaikan sayur taugeh janganlah ragu-ragu lagi untuk mengambilnya. Jadi apalagi, mari kita ramai-ramai makan taugeh hari-hari.

    KHASIAT DAN KEGUNAAN PISANG



    MEMBEKALKAN TENAGA

    Menurut kajian tempatan yang dilakukan, 100 gram pisang menyediakan 1.2 gm protein, 0.3 gm lemak, 17 mg kalsium, 78 mg karotena, 88 mg kalium, 27.2 gm karbohidrat, 0.4 gm serabut, dan 116 kcal tenaga.
    Pisang juga mengandungi asid, enzim, dan sebatian kimia penting. Ia juga mengandungi tiga jenis gula semulajadi iaitu sukrosa, fruktosa, dan glukosa. Gula semulajadi ini amat penting untuk kanak-kanak yang sedang membesar.
    Selain itu, menurut Persatuan Pisang Antarabangsa, pisang juga mengandungi magnesium, fosforus, iodine, kuprum, vitamin B1, B2, B6 & C, niasin, dan folat.
    Penyelidikan yang dijalankan membuktikan dua biji pisang boleh membekalkan tenaga untuk kita melakukan kerja atau senaman berat selama 90 minit.
    Selain itu dalam perubatan traditional, jantung pisang dianggap elok untuk pelbagai organ dalam badan seperti jantung, hati, paru-paru dan limfa.

    KEGUNAAN

    Di Malaysia, pisang mempunyai pelbagai kegunaan selain daripada dimakan buahnya.
    Daun pisang biasanya digunakan sebagai alas makanan kerana ia menghasilkan bau yang harum apabila terkena makanan yang panas. Daun pisang boleh digunakan sebagai pelindung hujan, pembalut kuih, dan pembalut masakan seperti ikan bakar atau kuih lepat.
    Batang pisang pula boleh digunakan untuk membuat rakit. Selain itu batang pisang mempunyai gentian yang banyak dan boleh diproses secara perdagangan untuk membuat tali dan bahan seumpamanya seperti guni.
    Buah pisang boleh dimakan masak begitu sahaja atau diambil semasa muda untuk dimasak sebagai lauk, digoreng, dibuat sira, dibuat pengat pisang, dan dijadikan kerepek. Selain buah pisang, jantung pisang juga boleh dibuat sebagai ulam selepas dicelur. Batang pisang juga mempunyai empulur lembut atau dipanggil umbut di tengah-tengahnya dan sesuai dijadikan sumber makanan.

     PISANG DAN KESIHATAN

    Pisang juga boleh membantu dalam keadaan kesihatan tertentu:
    1. Darah tinggi dan strok - pisang membantu menurunkan tekanan darah tinggi kerana kandungan potasiumnya yang tinggi.
    2. Kolestrol - pisang rendah dari segi kalori lemak, sodium yang membantu merendah kolestrol.
    3. Cirit-birit - potasium dan magnesium yang terkandung di dalam pisang amat sesuai merawat orang yang mengalami cirit-birit.
    4. Anaemia - anaemia ialah penyakit kurang darah. Kerana pisang kaya dengan zat besi, ia boleh merangsang penghasilan haemoglobin di dalam darah.
    5. Kemurungan - orang yang sedang murung lebih cepat ceria apabila makan pisang. Ini kerana kandungan sejenis protein membantu kita menjadi tenang.
    6. Pening-pening - cara paling cepat merawat rasa pening-pening ialah dengan meminum minuman susu pisang kocak (banana milkshake) yang dicampur madu. Minuman ini bukan sahaja merawat malah sedap pula.
    Bagaimanapun, pisang tidak sesuai bagi pesakit kencing manis. Ini kerana kandungan gula di dalam pisang adalah tinggi. Terdapat 25 gram gula setiap 126 gram pisang (19.85%)

    KHASIAT CENDAWAN TIRAM KELABU


    Cendawan Tiram Kelabu

    Nama Tempatan: Cendawan Tiram Kelabu
    Nama Saintifik: Pleurotus sajorcaju
    Nama Lain: Jamur Tiram, Grey Oyster Mushroom,Grey Abalone Mushroom, Shimeji
    Famili:
    Lokasi dijumpai: Sayuran
    Asal:

    keterangan:

    Cendawan ini merupakan antara spesis cendawan yang boleh dimakan dan penanamannya telah dikomersialkan di Malaysia.

    secara semulajadinya cendawan ini boleh ditemui dikawasan hutan, terutamanya dibawah teduhan pokok yang berdaun lebar dan dikawasan yang agak lembab.Ia tidak memerlukan cahaya matahari yang banyak dan selalunya ditemui dikawasan yang agak terlindung dan gelap.Pertumbuhannya akan menjadi lebih cepat dikawasan yang agak gelap. Suhu yang sesuai untuk pertumbuhannya ialah antara 23-28 darjah celcius.Kelembapan antara 90-96 peratus perlu dikekalkan untuk memantapkan pertumbuhannya.

    kegunaan:

    Selain daripada rasanya yang sedap sebagai sayur, ia juga baik untuk membina kesihatan kerana ia mempunyai beberapa keperluan badan mikro.Ia mengandungi 9 asid amino dengan 19-35% protein. Vitamin yang terdapat pada cendawan ini ialah: vitamin B1, B2, niasin, biotin dan vitamin C. Ia juga mengandungi mineral penting seperti K, P, Ca, Na, Mg dan Cu
                                     
                                                     ~SELAMAT MENIMBA ILMU~