assalammualaikum semua..terima kasih banyak2 kerana sudi berkunjung ke blog sha yang tak seberapa ni..sebagai tanda persahabatan dan terima kasih sudi2 lah kiranya follow blog sha yer..dapat kita sama2 mengeratkan silatulrahim sesama manusia...
Showing posts with label maggie. Show all posts
Showing posts with label maggie. Show all posts
MURTABAK MAGGIE AYAM
hai semua...
lapor punya pasal malam tadi maka termasak la murtabak maggie ni..nak makan nasi adehhh tak selera la..gi dapor kelentang kelentung la dengan bahan2 yang masih ada belen2 tu...murtabak segera yang senang nak buat...makan camtu je pon ok..takyah nak cicah2 dah...
resepi:sha ahmad
bahan-bahan:
1 bungkus maggie kari-direbus dan toskan airnya(sha basuh sedikit)
2 biji telur
ayam kisar secukupnya
1 labu bawang besar-dicincang halus
1 ulas bawang putih-diketuk dan dicincang
1 sk rempah daging
1 bungkus rencah maggie(dari bungkus maggie)
2 tangkai daun bawang-dihiris
1 biji cili merah-buang biji dan hiris kecil
1/2 sk lada sulah
garam secukup rasa
3 sb mentega
cara-cara:
1)cairkan mentega dan tumis bawang besar dan bawang putih hingga kekuningan.kemudian masukkan ayam kisar dan sedikit air.kacau sebati
2)kemudian masukkan rempah kari daging dan rencah maggie kacau sebati.masak dengan api perlahan sehingga air hampir kering masukkan garam,serbuk lada sulah dan cili merah..gaul sebati semua bahan
3)pecahkan telur kedalam mangkuk dan kocak sedikit.masukkan daun bawang,bahan tumis tadi dan maggie yang direbus tadi.gaul sebati semua bahan dan tuang kedalam non stik pan yang telah dipanaskan dan dilenser dengan sedikit minyak
4)biarkan garing sedikit dan terbalikkan dan masak bahagian sebelah lagi.(nak cepat masak tutup dengan tudung piok)
5)dah garing kedua2 bahagian angkat dan potong ikut citarasa dan hidangkan panas2.boleh dimakan dengan sos jika suka.
**mudah je...sedap pon sedap..sha suka garing sedikit.
~SELAMAT MENCUBA~
MAGGIE SUP HOT & SPICY
hai semua...
macam2 cara kita boleh pelbagaikan menu maggie kan..nak bergoreng,sup,nak buat murtabak pon boleh je..rajin dengan tidak je..
harini sha ada kerajinan sikit..masak maggie sup hot & spicy sha style
resepi:sha ahmad
bahan-bahan:
1 bungkus maggie(ambil maggie dia je)
1 ketul dada ayam-dipotong dadu
4 ekor udang sederhana besar-dibelah tengah dan dibersihkan
1/2 kiub ayam maggie
2 pokok sawi-dipotong kasar
1 sk cili kisar
4-5 biji cili padi-diketuk
1 ulas bawang merah-dihiris
1 ulas bawang putih-dicincang
1 biji telur
500-600 ml air(ikut nak kuah banyak mana)
garam secukup rasa
1)tumis bawang merah dan bawang putih hingga naik bau.kemudian masukkan cili tumis hingga garing
2)masukkan daging ayam dan udang.gaulkan dan masak hingga ayam empuk.
3)masukkan air secukupnya dan kiub ayam yang dihancurkan terlebih dulu.kacau dan biarkan mendidih
4)pecahkan telur dan biarkan telur keras sedikit.kemudian masukkan sawi dan gaul perlahan.masukkan pula maggie dan biarkan maggie lembut.rasa dan tambah sedikit garam.
5)hiaskan dan dihidang panas2..
~SELAMAT MENCUBA~
MAGGIE KARI GORENG
assalammualaikum...
selamat pagi semua...apa khabar,dah sarapan..sarapan apa ek??
harini sha maggie kari goreng je..lama tak makan maggie goreng ni..sha kat sini bukan nak tunjuk pandai..sekadar berkongsi idea bagi suri2 rumah yang kadang kala buntu nak masak apa macam sha juga.sha sendiri selalu jelajah blog2 orang yang terar2 masak ni cari idea tuk masak...hari2 masak sampai dah taktau nak masak apa.balik2 itu juga.jom layan maggie kari goreng sha style..
resepi:sha ahmad
bahan-bahan:
2 bungkus maggie kari-direbus dan ditoskan airnya
2 bungkus rempah maggie kari-terdapat dalam bungks maggie
3 pokok sawi-dipotong kasar
cili merah-dihiris serong
2 ulas bawang merah-dihiris
2 ulas bawang putih-diketuk
10-15 biji cili padi-dikisar
sotong
isi ayam
garam-jika perlu
cara-cara:
1)tumis bawang merah dan bawang putih hingga naik bau.kemudian masukkan cili padi kisar.tumis hingga cili garing/naik minyak.
2)masukkan ayam dan sotong,gaulkan dan masak hingga empuk.kemudian masukkan rempah maggie dan gaul sebati
3)masukkan sayur dan cili merah gaul dan masak sekejap hingga sayur hampir layu.
4)lastly masukkan maggie yang direbus tadi.gaul sebati semua.rasa,jika perlu tambah sedikit garam(biasa sha tak letak garam sebab rempahnya dah cukup masin)dah siap.
5)boleh dihidangkan dengan bawang goreng,daun bawang dan limau kasturi.jika suka.
~SELAMAT MENCUBA~
Subscribe to:
Posts (Atom)