Showing posts with label al kisah berpantang. Show all posts
Showing posts with label al kisah berpantang. Show all posts

pantang hari ke 41


 
ni lauk campak2 nama dia..takde resepi..suka hati je nak masuk apa..
janji jadi lauk..ada rasa n boleh makan..tuk org yang dalam pantang cam aku ni..
yang aku campak2 pon semua yang boleh dimakan dalam pantang...
ada halia,lada hitam,bawang putih,bawang besar,ayam,sawi,carrot n sos lada hitam...
lepas makan ni berpeluh2 aku..nak pulak si ciot kecik tu dah bangun nak susu...
berpeluh2 aku susukan dia tadi..
hamik ko..
penangan telan lada hitam...
 
tekak sendiri nak makan..sendiri masak..senang citer...suka hati aku je la kan...

ubat periuk...

 
2 bungkus ubat periuk untuk diminum...rebus dulu...dah 3 orang cahaya mata aku...ubat piok air tangan nenek ni wajib ada..di samping jamu2 yang lain...
nasib la aku ni jenis yang tak kesah telan ubat apa pon...jangan bagi aku racun dah la....
rasa dia...jangan cakap la...memang pait la..ubat kampong lan...tah apa akar apa daun tahler
 
tak kisah la..pait pon pait la..telan je...untuk kesihatan badan aku juga..badan nak pakai lama wei...
aku start minum pon dah 3 minggu pantang...sebab baby hakim jaundice haritu...so lambat la aku makan ubat..biar dia betul2 baik dari kuning tu baru aku berani minum ubat ni..

 
ada berani!!!..jemput minum...



 
setelah direbus ni la hasilnya..

pantang hari ke 31


 
sup ayam yang dicampur dengan lobak putih...lobak putih again...









pantang hari ke29

 
ni je ,enu aku..lobak putih tu aku campur je goring wat sayur campur..nak makan gitu je tak lalu..tak sedap ler lobak putih..baunya pon alamakaiiiiii....
paksa juga diri makan..demi simanja ku...untuk penambahan susu...apa saja makanan yang disarankan tuk banyakkan susu akan aku telan...asalkan kenyang ank aku..tak meragam susu merudum lagi...sian dia..
 
 

pantang hari ke 17

 
harini ibu cik ciot makan masak asam ikan parang...dah hb beli ikan ni nak taknak aku masak n makan juga la ikan yang banyak tulang ni..nak makan kena hati2 je...dia sendiri tak makan ikan ni...
oh ya..ikan parang aku search kat google dikategorikan ikan yang tak boleh di makan masa dalam pantang...
betul ke tidak entah la..tapi masa anak first aku pantang  umah mertua...memang ikan ni la yang selalu dihidangkan..tak digoreng,di masak asam macam ni je..disamping ikan selar kuning dan ikan tenggiri..memang 3 jenis ikan ni la yang menjadi menu aku dalam pantang...
kalo ikutkan mak aku sendiri dia pon cakap ikan parang ni bisa...takleh makan dalam pantang..
entah la..mungkin lain tempat lain caranya..tapi setau aku diaorang kat sini banyak yang makan ikan ni dalam pantang...
 
ikutkan aku dah pesan takyah belikan ikan parang ni kat aku..susah nak makan..nak kena belek2 tulang dulu..takut tercekik tulang plak..tapi hb aku beli juga..sebab dia Nampak ikan ni ada telur..
 
 
nasib la 1/2 ekor je..kalo sekor mau sampai abih pantang baru abis kot ikan banyak tulang ni..besar juga tu telor dia..goring pon sodap...
 


menu pantang hari ke 15

 
ni je la menu aku hari2..harini aku goring ikan tenggiri n bawang putih bawang merah banyak2..
halia tak letak..coz cik ciot baru je kuningnya turun..ibu tak makan halia lagi la...
kalo tak menu ibu kompom ada halia...ikan pon sekadar gaul garam je..kunyit pon takde...
sawi air hari2 owhhhhhh..tidakkkkk..jemu siot...harini aku tumis kering je sawi tu..asyik sup je..kembang dah tekak aku..
takpe la..untuk si cik ciot tu ibu korbankan dulu apa yang boleh ibu makan..jamu2 pon ibu lom makan lagi..demi kesihatan si cik ciot...

harini dah 15 hari berpantang

assalammualaikum...

harini search2 kat pakcik google cari tutorial  nak buat nursing cover sendiri la pulak...
mula search tengok yang readymade kat online...leh tahan juga rege dia..bila belek2 cam senang je nak jait nursing cover ni...tu yang search tutorial dia pulak..
hmmmm..tengok cara memang senang..tapi taktau la bila buat..jadi ke tidak...
tapi nak kena cari bahan la pulak..kalo kain tu stok kain ada je..nak cari boning n d ring la pulak...
dapat boning je pon dah ok..d ring tu leh ganti n cara lain je...
kalo beli yang readymade takut tak pakai nanti rugi je duit aku hehehe...
kalo wat sendiri modal tak besar pon...cuma tenaga je la...apa guna ada mesin jait kan..bek cuba wat sendiri...mana tau jadik...nanti aku akan teruskan projek wat nursing cover plak...tengah semangat nak buat ni...semangat nak full bf si kecik ciot2 aku tu..harap semangat tak luntur ditengah jalan..
kena la tunggu leh kuar nanti..leh ler cari bahan2nya...

pantang hari ke 13


harini menu simple juga la..menu pantang la kan...aku kukus je ikan selar kuning tu..
letak sawi sikit..kukus buat lauk..takyah nak masak sawi air lagi..hari2 jemu juga..campak je kat dalam tu..kukus sekali...sedap2 tak sedap ni la makanan aku dalam pantang...
nak masak pon bukan susah...campak2 je apa nak letak..pastu kukus..

pantang hari ke 11

 
ni je la menu pantang aku hari ke 11 berpantang ni...sup sawi dengan ikan bilis goreng je...
masak sendiri yer...wat masa ni aku tak makan halia la..sementara sikenit tu masih kuning...takpe la..demi anak ibu berkorban...pantang makan..

pantang hari ke 10

 
menu simple juga..ikan selar tumis sos lada hitam jek...


menu pantang hari ke 9

 
ni je menu ibu dalam pantang hari ke 9 ni...ayam kukus halia + lada hitam,oren Sunkist,nasi putih n air masak...
 
oren tu 2 kerat je aku makan...yang lain hero kecik aku yang abihkan..nak plak oren tu manis plak...laju je dia makan..
satu lauk je dah memadai..takyah sayur2...ni pon masak sendiri je...maklum la..berpantang sendiri..semua serba serbi sendiri la...tak kisahlah..janji ada makanan untuk dimakan...aku masak pon yang simple2...memang makanan orang dalam pantang ni simple2 je pon..yang rebus2 je kot...
badan memang la rasa sehat je..leh gerak sana sini laju je...tu yang rasa cam kuat je buat keje2 dapur...kalo tak masak sendiri sapa nak masakkan tuk aku..hehehe..
 
 
haaaa...ni menu petangnya la....sekut lutut dengan ayaq milo panas...
 
 

jadual makanan yang boleh & tak boleh dimakan semasa dalam pantang

masuk ni dah 3 kali aku berpantang...tapi saja la kan tangan ni gatal nak search kat pakcik google tengok2 apa makanan yang boleh & tak boleh aku bedal masa dalam pantang...
maklum la..berpantang sendiri ni...bukannya pandai sangat..makan apa yang pernah aku makan je masa dalam pantang anak pertama dan kedua sebelum ni je...
Tanya cik hubby boleh tak makan tu makan ni..jawapannya..entah la...takut baby kembung je nanti katanya..hmmmmmm..betul la tu..aku sedap2 cekik..baby yang jadi mangsa nanti...
panduan kat bawah ni aku jumpa masa search kat pakcik google la...saja aku tempekkan kat blog aku ni sebagai panduan tuk diri sendiri & sesapa yag sudi jengah blog aku ni..leh juga buat panduan..tuk tambahkan ilmu...

kalo nak diikutkan amalan berpantang ni macam2 cara bergantung pada individu...ada yang kata itu boleh ini tak boleh...tambahan kalo kita Tanya orang2 lama..ada je yang bercanggah pendapat...contohnya...mak aku sendiri tak kasi makan ikan parang kalo berpantang...sebaliknya dengan arwah MIL aku...dia memang masakkan ikan parang tuk lauk aku berpantang masa dia jaga aku dalam pantang anak first itu hari....Alhamdulillah takde gatal2 la...mayb badan aku leh terima..

bak kata orang..cuba makan..kalo takde apa2 dekat badan kita boleh la tu...jangan terlalu itu ini tak boleh..huhuhu...ada yang kata ayam tak boleh daging tak boleh..ada yang bedal je ayam n daging...telor pon ada juga yang makan...telur memang aku tak berani la kan..




Pengenalan

Pemakanan ialah aspek yang amat penting dalam rawatan pantang bersalin. Ini kerana proses kehamilan telah mengganggu keseimbangan hormon ibu. Mereka mengalami pelbagai bentuk tekanan dan gangguan emosi akibat perubahan fizikal. Apalagi semasa melahirkan anak, tenaga dikerah dengan hebat, urat saraf banyak yang cedera dan terjadi luka di bahagian tertentu.


Mengikut sesetengah petua Melayu, ibu-ibu dalam pantang disyorkan makan nasi berlaukkan ikan masin atau ikan panggang berkunyit dan meminum air mengikut sukatan jari (dua ruas jari untuk sekali minum). Akibat diet cara ini (kurang berzat dan kurang air) ibu-ibu terdedah kepada risiko penyakit buah pinggang dan tekanan darah rendah.

Oleh sebab itulah makan perubatan moden menentang amalan berpantang cara Melayu. Ingin diingatkan, cara pemakanan tersebut bukanlah cara Melayu tradisional yang sejati tetapi merupakan sebahagian cara hidup mereka yang kurang berkemampuan.

Jadual Makanan Yang Boleh Dimakan dan Tidak Boleh Dimakan Semasa Pantang


BOLEH
TIDAK BOLEH

AYAM & DAGING



  • Burung puyuh
  • Burung merpati
  • ayam hitam
  • ayam didik
  • ayam selasih
  • ayam kampung
  • daging batang pinang

  • Ayam biasa (takut gatal)

IKAN

Penting:
Ikan berbisa jika dimakan oleh ibu-ibu dalam pantang boleh menyebabkan turun darah dan bentan

Ikan haruan menyembuhkan luka.
Ikan yu membanyakkan susu ibu
  • Ikan haruan
  • Ikan yu
  • Ikan selar
  • Ikan gelama
  • Ikan jenahak
  • Ikan merah
  • Ikan tenggiri
  • Ikan kurau
  • Ikan bawal putih
  • Ikan senangin
  • Ikan bilis
  • Ikan kering
  • Ikan masin
  • Ikan keli
  • Ikan bawal hitam
  • Ikan terubuk
  • Ikan duri
  • Ikan pari
  • Ikan sembilang
  • Ikan parang
  • ikan kembung
  • Ikan tamban
  • Ikan cencaru
  • Ikan tongkol
  • makanan laut
    • udang
    • sotong
    • kerang


ULAM ULAMAN

Ulam-ulaman ini mengandungi fiber, zat galian (mineral) dan pelbagai vitamin, termasuklah A, C dan E, bersifat anti oksidan.

Jantung pisang membanyakkan susu ibu

Ulam kunyit mengembalikan kecergasan badan dan
menyembuhkan luka dalaman

  • halia
  • Serai
  • Lengkuas
  • pucuk pegaga
  • pucuk mengkudu
  • pucuk ulam raja
  • lempuyang
  • jantung pisang rebus
  • daun atau ubi cekur
  • bunga kantan
  • kunyit hidup
  • daun lemuni hitam
  • daun kaduk
  • daun sekentut
  • daun kesum
  • daun cemumar
  • daun pudina
  • daun kari
  • daun bebuas
  • daun ruku




SAYUR-SAYURAN /

Penting:
Mengambil sayur-sayuran  menjalar, sejuk serta beranginboleh menyebabkan ibu-ibu kembung dan sakit-sakit badan.

Lobak putih dan peria membanyakkan susu ibu

Peria memudahkan buang air besar, membantu membersih dan melancarkan peredaran
darah dalam tubuh.

  • Ubi kentang
  • Peria
  • Sawi
  • Lobak merah
  • Lobak putih


  • Ubi kayu
  • Kangkung
  • Petola
  • Terung
  • Cili
  • Timun
  • Tomato
  • Brokoli
  • Kubis
  • Seledri
  • Terung
  • Timun
  • sayur keladi
  • pucuk ubi
  • pucuk paku
  • bayam
  • sayur atau daun keti (bunga putih)
  • kacang panjang
  • kacang botol
  • labu
  • rebung
  • jeruk maman
  • petai
  • jering


BUAH-BUAHAN

Penting:
Makanan tersebut dilarang kerana dapat mengakibatkan sakit tulang dan sejuk otot serta lemah sendi. Penyakit-penyakit tersebut diketahui telah banyak berleluasa di barat dan dikenali sebagai artritis dan rheumatisme.
  • Buah anggur
  • Kurma
  • Oren
  • Epal merah
  • Strawberi
  • Peach
  • Prune
  • Kismis
  • Longan cina

  • Nenas
  • Limau
  • buah lai
  • tembikai susu
  • tembikai merah
  • tembikai cina
  • epal hijau
  • kiwi
  • buah pear
  • pisang
  • jambu
  • belimbing
  • durian belanda
  • mangga
  • betik
  • ciku
  • langsat
  • nangka
  • cempedak
  • pisang masak hijau
  • pisang nangka
  • pisang embun
  • pisang udang
  • ubi kayu
  • ubi keladi
  • sengkuang
  • manggis
  • macang
  • kuinin
  • binjai



LAIN-LAIN MAKANAN

Asam jawa membantu membuang air besar selain dari
menyegarkan tubuh badan 
  • Biskut
  • Roti
  • Nestum
  • Quaker Oat
  • Cornflakes
  • Masakan panggang
  • Masakan rebus
  • Masakan kukus
  • Masakan bakar
  • Masakan salai
  • Asam jawa
  • Asam keping
  • Tempe
  • Burger
  • Nugget
  • Sosej
  • Bihun
  • Mee
  • Kuey teow
  • Laksa
  • Telur
  • Semua jenis ubi
  • Semua jenis makanan laut
  • Masakan berminyak boleh tetapi sedikit/jarang-jarang


AIR

Penting:
Ibu-ibu tidak boleh minum minuman sejuk, tajam dan jus daripada buah-buahan yang dilarang

Air kunyit mengecutkan rahim dan mencuci darah.

Air rebusan pegaga ini membersihkan darah dalam tubuh ibu yang baru
melahirkan anak.
Manjakani berfungsi untuk mengering dan mengetatkan pangkal rahim.

Air jus halia kurma boleh membuang angin dalam badan dan menambah tenaga.

Air madu memanaskan badan.

  • air suam
  • air pati kunyit
  • jus pegaga
  • air halia
  • air kopi
  • air manjakani 
  • jus halia kurma
  • air madu
  • air ais
  • air sejuk
  • air bergas
  • air tebu
  • air cincau
  • air kelapa muda
  • air jus buah-buahan yang dilarang



selamat berpantang

harini dah 5 hari aku start berpantang...pantang cara aku la kan...moden version hehehe...yang mana boleh ikut aku ikut ler...bab makan buat masa ni memang aku berpantang la...pantang pon sendiri je..takde orang yang nak tolong jagakan..takde la nak bermanja dengan sapa2...dari bab masak,makan mandikan baby sendiri je la...gunakan je la pengalaman yang lepas2 buat panduan berpantang kali ni...

masak,

cik hubby aku ni rajinnya 1 hari je..lepas tu dah hilang rajinnya nak masakkan tuk aku...kejamnyer...huhuhu...nak taknak..gunakan la kekuatan yang ada kan...nak berdiri lama tak boleh...so masak la yang paling simple..janji tak berdiri lama kat dapur tu..maklum la baru sangat..belum seminggu pon...bab makan aku tak kesah sangat pon..janji boleh isi perut...anak ikan goring,lada hitam n nasi panas pon dah memadai tuk mengalas perut n tenaga nak jaga baby n nyusukan baby...

jamu,

buat masa ni memang takde amik sebarang jamu la...lagipon baby still jaundice...baby baru lahir mesti tak dapat lari dari jaundice ni...termasuk la baby kecik aku ni...aduiii..sian pulak duk kena cucuk amik darah hari2...buat masa ni mana yang boleh diusahakan untuk kurangkan kuning dia..aku buat je...

berurut,

dah selesai dah berurut..harini hari ketiga aku berurut...bertungku lom la...tungku besi lupa nak amik kat mak..guna tungku tu sodap..berat..terasa sikit sikit letak atas perut..tungku moden yang berempah ni macam tak rasa pon...bau rempah je yang naik..

luka,

Alhamdulillah..besalin kali ni takde yang berjait..takde luka yang besar..takat luka kecil je..hanya perlu letakkan ubat luka je...langkah pon laju la sikit...leh la bergerak kedapur...nak duduk2 pon takde la takut2...walaupon takde jahitan..nak ketandas tetap aku hati2...kat luar memang takde luka..dalaman siapa yang tau...nama pon berpantang..kita pantang je la dulu...buang air pon takde la meneran bagai..masih pakai bangku kecil walaupon nak buang air yang kecik2 tu...takde la aku redah main cangkung cam orang sehat je..hehehe...benda nak pakai lama wei..jaga la elok2...kalo kita sendiri tak jaga..siapa nak jagakan untuk kita...

beruntung la badan kalau dalam pantang ada yang tolong jagakan...takpa la..nak buat macamna..jaga je la diri sendiri...lagi pon bukan anak pertama..itu ini tak tau..nasib juga ada anak2 yang dah besar..boleh juga la diharapkan buat kerja sikit2..tu pon sementara diaorang tengah cuti sekolah ni..esok dah start sekolah..susah la sikit...tinggal la aku ,baby n hero kecik aku tu je..
hero kecik tu apa yang dia boleh tolong..baru 3 taun je..
cik abang selasa ni dah start keje...dah seminggu berlalu dia bercuti sejak aku besalin..
ok la dulu..nak baring2...duduk lama2 pon tak elok juga...baru sangat lagi...
lagipon nak kejutkan sikenit tu isap susu..asyik tido je..kang tak turun pulak kuning dia...