assalammualaikum semua..terima kasih banyak2 kerana sudi berkunjung ke blog sha yang tak seberapa ni..sebagai tanda persahabatan dan terima kasih sudi2 lah kiranya follow blog sha yer..dapat kita sama2 mengeratkan silatulrahim sesama manusia...
Showing posts with label lepat. Show all posts
Showing posts with label lepat. Show all posts
LEPAT PISANG BERKELAPA
monink semua...
pagini sha sarapan dengan lepat pisang bersama tea O je...
ni anak dara sha la..dia yang nak sangat makan lepat pisang..dari pagi semalam duk suruh buat..ibu buat la kuih dalam daun pisang tu..pisang memang dah beli tuk buat lepat..cuma tunggu masak ranum sikit je..baru best buat lepat.sha kalo beli pisang tak terus beli yang dah masak sangat..biasa beli yang separuh masak..belum betul2 kuning lagi..boleh simpan lama sikit..kadang2 beli tapi mood M tu sampai tak buat juga..sekurang2nya boleh tangguh2 lagi hehe..
harini punya lepat pisang sha campur je sekali kelapa putih tu dalam adunan pisang tu...
resepi:sha ahmad
bahan-bahan:
13 biji pisang berangan-di lecek
1 cawan penuh tepung gandum
3/4 cawan kelapa parut putih(sha suka letak banyak)
garam secukup rasa
2 sb gula
daun pisang secukupnya
cara-cara:
1)pisang dilenyek hingga hancur.kemudian masukkan gula dan garam secukup rasa gaul sebati.
2)masukkan tepung dan kelapa gaul sebati.
3)ambil sehelai daun pisang dan sapu sedikit minyak dan sudukan 2 1/2 sb adunan pisang.kemudian gulung dan lipat kiri dan kanan.
4)kukus selama 10-15 minit.atau sehingga masak.
~SELAMAT MENCUBA~
LEPAT LABU
assalammualaikum...
ni sha buat malam semalam..tuk sarapan pagi..kalau pagi2 baru nak buat..tak sempat la nak betul2 sejuk lepatnya..kompom melekat2..
dah seminggu beli labu..tapi tak buat pape pon..dah tu tak banyak mana lak tu..ada sikit je beli haritu..ingat nak buat apam..tapi ada sikit penyakit M tu yang duk je dalam peti si labu tu...
resepi:sha ahmad
bahan-bahan:
1/3 labu-dipotong nipis dan direbus hingga empuk
4 sb tepung gandum
1 sk garam
2 sb gula pasir
kelapa putih+garam secukupnya
daun pisang
cara-cara:
1)labu direbus hingga empuk dan toskan airnya..kemudian dilenyak bersama gula dan garam.sejukkan
2)kemudian masukkan tepung dan gaul sebati bersama labu
3)ambil daun pisang dan disapu sedikit minyak diatasnya dan sudukan 2 sb adunan tadi dan ratakan
4)sudukan 2 sk kelapa dan gulung lipat kedua2 hujung dan kukus selama 15 minit atau sehingga masak.
**boleh juga dicampurkan sekali kelapa dengan labu dan gaul sebati
Subscribe to:
Posts (Atom)