assalammualaikum semua..terima kasih banyak2 kerana sudi berkunjung ke blog sha yang tak seberapa ni..sebagai tanda persahabatan dan terima kasih sudi2 lah kiranya follow blog sha yer..dapat kita sama2 mengeratkan silatulrahim sesama manusia...
LEPAT LABU
assalammualaikum...
ni sha buat malam semalam..tuk sarapan pagi..kalau pagi2 baru nak buat..tak sempat la nak betul2 sejuk lepatnya..kompom melekat2..
dah seminggu beli labu..tapi tak buat pape pon..dah tu tak banyak mana lak tu..ada sikit je beli haritu..ingat nak buat apam..tapi ada sikit penyakit M tu yang duk je dalam peti si labu tu...
resepi:sha ahmad
bahan-bahan:
1/3 labu-dipotong nipis dan direbus hingga empuk
4 sb tepung gandum
1 sk garam
2 sb gula pasir
kelapa putih+garam secukupnya
daun pisang
cara-cara:
1)labu direbus hingga empuk dan toskan airnya..kemudian dilenyak bersama gula dan garam.sejukkan
2)kemudian masukkan tepung dan gaul sebati bersama labu
3)ambil daun pisang dan disapu sedikit minyak diatasnya dan sudukan 2 sb adunan tadi dan ratakan
4)sudukan 2 sk kelapa dan gulung lipat kedua2 hujung dan kukus selama 15 minit atau sehingga masak.
**boleh juga dicampurkan sekali kelapa dengan labu dan gaul sebati
Labels:
lepat
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment