assalammualaikum semua..terima kasih banyak2 kerana sudi berkunjung ke blog sha yang tak seberapa ni..sebagai tanda persahabatan dan terima kasih sudi2 lah kiranya follow blog sha yer..dapat kita sama2 mengeratkan silatulrahim sesama manusia...
MEE GORENG BASAH SHA STYLE
salam semua...
n3 ketiga sha harini mee goreng basah pebret hubby..dulu sha tak berapa minat..
tapi bila dah selalu duk buat..jadi suka pulak dengan mee goreng basah ni...yang ni simple sangat...jom tengok resepi mee goreng basah sha style.bahan2 nya memang nampak banyak..tapi simple sangat nak buat..campak2 je..
bahan-bahan:
1 bungkus mee kuning
3 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih* }bahan * ditumbuk
2 sb udang kering*
2 sb cili kisar
2 sb sos cili
2 sb sos tomato
1 sb sos tiram
1 sk kicap pekat
1 sb kicap manis
1 keping tauhu-digoreng dan dipotong2
2 biji telur
5-6 biji fish ball-dibelah
4-5 biji cili padi-diketuk
segenggam tauge
2 pokok sawi
garam secukup rasa
air secukupnya
1 sb tepung jagung-dibancuh dengan air
cara-cara:
1)tumis bahan2 tumbuk hingga naik bau.kemudian masukkan cili kisar dan tumis lagi sehingg garing.
2)masukkan pula sos tiram,sos tomato,sos cili,kicap pekat dan kicap manis..sebatikan..dan masukkan air secukupnya..
3)pecahkan telur biar sekejap kemudian boleh di kacau2 telur tadi.masukkan pula sawi,tauge,fish ball,cili padi dan garam secukup rasa.kacau sebati.
4)agak sawi dah layu masukkan mee dan tauhu goreng tadi dan bancuhan tepung jagung.gaul sebati rasa..jika ok tutup api.tak payah biar lama nanti mee kembang
5)angkat dan masukkan dalam bekas sesuai dan boleh ditabur dengan sedikit lebihan tauhu tadi,bawang goreng dan cili merah potong..
~SELAMAT MENCUBA~
Labels:
mee
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment