Showing posts with label kuih muih. Show all posts
Showing posts with label kuih muih. Show all posts

MASALODEI

kue pebret aku ni...
nak kata pandai tak la kan..bole la nak makan...xde pulak kawan2 india yg boleh tunjuk ajar cane resepi sebenar kue ni...



bahan-bahan:
1 cawan kacang dhal-direndam semalaman
1 labu bawang besar-diracik halus
1 sb jintan manis-ditumbuk
3 biji cili padi-dihiris serong
3 tangkai cili kering-dipotong serong
1 tangkai daun kari-dihiris halus
garam secukup rasa

cara-cara:
1)toskan kacang dhal yang direndam.kemudian kisar dengan menggunakan blander kering.jangan terlalu hancur sangat.
2)masukkan kedalam mangkuk,campurkan dengan bawang besar,cili padi,cili kering,daun kari dan jintan manis.gaul sebati semua bahan
3)ambil sedikit dan kepal2kan menjadi bulat dan tekan sedikit leper diatas tapak tangan.buat sampai habis
4)goreng dalam minyak panas sehingga kekuningan.

bege malaysia a.k.a pau sambal

bege mesia a.k.a pau sambal ....

pau sambal yg moolat2 macam tuan tanah....






resepi & olahan :sya ahmad

1/2 paket yis mauripan*
2 sb gula*
3/4 cwn air*
3 cwn tepung gandum
2 sb planta/majerin
2 sb susu pekat manis

1)bahan bertanda* campurkan kacau n biarkan sehingga berbuih
2)dalam bekas lain campurkan planta,tepung,susu pekat manis..gaul sebati
3)masukkan campuran yis tadi sedikit demi sedikit dan uli sehingga jadi doh yg x lekat pada tangan
4)perap 40 minit..doh akan naik 2 kali ganda
5)kuarkan doh dan tumbuk2 sikit untuk kuarkan angin
6)bentuk doh bulat2 dan leperkan sedikit
7)biarkan 10 minit
8)goreng dengan api sederhana sehingga masak sejukkan sebentar
9)potong pau jgn sampai putus... masukkan sambal tumis ditengahnya..kalo ada timun boleh selitkan sekali yer..sya xde stok...

resepi sambal tumis sya
bahan-bahan:

15 tangkai cili kering-direbus*
3 ulas bawang merah*
1/2 inci belacan*
air asam jawa secukupnya
garam dan gula secukup rasa
sejemput ikan bilis

cara-cara:

1)kisar bahan bertanda sehingga hancur
2)panaskan minyak tumis bahan kisar sehingga pecah minyak.....
3)masukkan sedikit air asam jawa..kacau sebati..
4)setelah pecah minyak lagi sekali masukkan gula dan garam secukup rasa.....gaul sebati
5)rasa jika cukup rasa manis dan masin boleh la tutup api....


~~~happy cooking~~~











KETAYAP A.K.A KUIH GULUNG


ada yg panggil ketayap...kuih dadar..kuih gulung..apa lagi yg seangkatan dgnnya yg sya belom tau
entah la..apa pon panggilannya kuih nya tetap sama je..rasanya ramai yg tau buat kuih ni kan...


resepi: sya kitchen

bahan inti:

kelapa parut putih
sedikit garam
gula merah
air secukupnya
1sb tpg gandum
daun pandan-disimpul

cara-cara:

~didihkan air,gula merah,gula pasir,garam dan daun pandan sehingga gula larut
~masukkan kelapa gaul sebati.
~bila hampir kering masukkan 1 sb  tepung gandum gaul sebati..matikan api..

bahan kulit:

1 1 /2 cawan tepung gandum
2 cawan air-lebihkan sikit jika masih pekat
1 biji telur 
pewarna
secubit garam

cara-cara:

-campur semua bahan..kacau sebati dgn whisk dan tapis..
-panaskan non stik pan/kuali leper...lenser sedikit minyak...
-masukkan 1 senduk  kecil adunan dan ratakan diatas kualimenggunakan senduk tadi atau dgn cara memusingkan pan kiri dan kanan..
-bila warna hijau telah bertukar atau kulit telah masak angkat 
-letakkan inti kemudian gulung kemas2..
-buat sehingga adunan habis..




~~~happy cooking~~~

LOMPANG

 ASSALAMMUALAIKUM..

lama x bersiaran..apa habaq pengunjung2 setia segalanya disini...wah ayat..ada ke yg sudi
berkunjung ke teratak hamba ini...hahahaha

ha amik mood menaip sat...sementara debot tido tu...kalo dia dah bangun kang apa pon tak boleh dah...
n3 pagi2 buta ni...sarapan pagi...
buat malam tadi....lompang havoc..mak aii nama hahahaha...
lompang yg dicolourfullkan...lompang ceria...
firtime pon ni sya buat lompang...xberapa nak menjadi pulak lesung pipitnya tu...tapi nak tempek juga kan air tangan sya kitchen kat sini....
resepi sya google je...cantik je oner resepi ni punya lesung pipit lompang nya...sya buat je yg jadi lesung batu...
lagi satu derhaka sikit la kat resepinya...sya kurangkan manis dalam makanan..lebihkan manis dalam senyuman...tak gitu...gitu..gitu lah ualllsss..







olahan:sha kitchen

BAHAN A

1 1/2 cawan tepung beras
1 sb tepung ubi
1 sk air kapur
1 cawan air
pewarna

BAHAN B

1 cawan gula(sya letak 3/4 cwn je..tu pon dah manis)
1 cawan air
2 helai daun pandan

BAHAN C

1 cawan kelapa parut putih
secubit garam
1 helai daun pandan
(kukus semua bahan sebentar)

cara-cara:

1)masak bahan B hingga semua gula larut..sejukkan
2)didihkan air kukusan-panaskan acuan yg telah disapu minyak terlebih dahulu
3)campurkanbahan A dan bahan B yg sudah disejukkan..gaul sebati dan tapis
4)bahagikan beberapa bahagian dan warnakan.
5)tuang adunan kedalam acuan lompang 
6)kukus selama 10-15 minit..kuih akan membentuk lubang dgn sendirinya
7)hidangkan dengan kelapa parut yg telah dikukus sebentar




~~~HEPPY COOKING~~~





KUIH BOM BIJAN

bommmmmm....takut juga nak buat kue ni..takut meletop kebabo...
mana taknya..org cakap salah goreng meletop...
tapi beranikan diri buat juga....resepi sya amik dari azie kitchen 
tapi sya tukarkan inti kelapa..azie buat inti kacang hijau






olahan:sya kitchen

Bahan Doh:
2 cawan tepung pulut
2 sudu besar tepung gandum
Sedikit garam
3/4 -1 cawan air 
Bijan secukupnya - untuk salut 

Cara membuat doh:
Satukan tepung pulut, tepung gandum dan garam. Bancuh dengan air sedikit sedikit hingga menjadi doh yang tak melekat di tangan. Jika terlembik, tambahkan setengah sudu tepung beras pulut setiap kali memasukkannya.

bahan inti kelapa:

130gm gula merah
30gm gula pasir
125 ml air
2 helai daun pandan
300gm kelapa parut putih
1 sb tepung gandum
1/4 sk garam

caranya:

1.masakkan gula merah,gula pasir,air dan daun pandan sehingga mendidih dan gula larut..
2.masukkan kelapa parut dan kacau sebati
3.bila hampir kering..masukkan tepung gandum..kacau sebentar..angkat dan sejukkan..


Cara membuat kuih bom:
1.Sapu sedikit minyak pada tapak tangan. Ambil adunan, leperkan dan masukkan inti kelapa yang telah di kepal bulat bulat tadi. 

2.Cantumkan bahagian leper tadi hujung ke hujung. Bulatkannya dengan kemas. 

3.Terus digolek golek ke dalam bekas bijan hingga seluruh kuih diselaputi bijan. Akhir sekali layangkan antara 2 tapak tangan agar bijan yang tidak melekat akan jatuh dengan sendiri. 

4.Goreng kuih bom dalam minyak terendam dengan api sederhana pada 5 minit permulaan. Kemudian baru besarkan api sambil kacau digolek golek dalam kuali sehingga agak kekuningan. Jangan lama, nanti meletup.

nota amik dari azie kitchen:

Jangan terus goreng kuih bom yang telah siap dimasukkan inti. Jika anda terus goreng selepas buat....kuih bom anda akan mengelembung dan pecah (tersengih dan keluar inti) serta 'meletup'. Kuih anda tidak cantik dan ia jugak tidak garing.

Jika buat malam, biarkan dalam dulang dan tutup dengan kain bersih. Goreng pagi esoknya. Jika nak makan petang.....buat pagi dan goreng petang. Ini sahaja rahsianya.





churros a.k.a kuih belimbing

assalammualaikum...
haloooooo....jumpa lagi di dapor sya ...N3 harini churros ak.a kuih belimbing...penah dengar tak...
ke uollsss memang dah tau kan...sha je kot yg baru nak try...
pape pon kuih ni memang sodap...crunchy diluar lembut didalam....
berebut anak2 den makan...nyesal pulak buat  adunan...
bukan apa..first trial xmau la tamak2 kan..sakgi xjadi kan membazir..cik tong yg makan...
xpa..next time pastikan double tripple kan adunan.....memang sedap..tak tipu uooollssss...
cuba ler...bahan2 pon senang bangat dah memang ada je kat dapor...nak buat pon ya ampun mudah je...

jom layan resepi


olahan:sya ahmad
bahan-bahan:

1 cawan tepung gandum
1 cawan air
1 biji telur
1sb majerin
1 sb gula
esen vanila

cara-cara:

1)didihkan air,gula,esen vanila dan majerin..sementara tu pukul telur dalam mankuk lain
2)tutup api..masukkan tepung..kacau cepat2 guna senduk
3)kemudian masukkan telur kacau cepat2 sehingga sebati dengan tepung tadi
4)panaskan minyak tekan adunan kedalam kuali potong setiap 5cm
5)goreng sehingga kekuningan dan angkat
6)taburkan gula..siap untuk dimakan..


sya tak terus tekan dalam kuali...sya tekan dalam dulang dulu sampai habis baru goreng....

1-air,gula,esen vanila dan majerin didihkan
2-telur dikocak dalam mangkuk lain
3-campuran tepung dengan bahan didih
4-nirupa adunan setelah dicampur telur

ni la rupa dia setelah ditekan dengan acuan semprit
agak2 je pon gunting
siap digoreng




~~selamat mencuba~~





karipap roti

assalammualaikum...

ni menu sarapan pagi tadi..simple2 je...
karipap roti..inti kentang....



caranya mudah je..

bahan untuk inti:
1 biji kentang-dipotong dadu
2 ulas bawang merah-dihiris
1 ulas bawang putih
1 sb udang kering-ditumbuk
1 1/2 sb rempah kari-jadikan pes
1 sb cili kisar
1 pokok daun sup-dihiris
garam dan gula secukup rasa
 
air secukupnya
 
cara buat inti:

1)tumis bawang merah dan bawang putih sehingga wangi.masukkan pes rempah kari,cili kisar dan udang kering.tumis sehingga naik minyak.
2)masukkan air dan kentang.gaul sebati dan masak sehingga kentang empuk
3)masukkan garam,gula dan hirisan daun sup.gaul sebati.rasa jika ok tutup api.sejukkan

bahan-bahan:

roti gardinea
inti karipap kentang/sardin
air+tepung gandum jadikan pes....(untuk dijadikan gam)
acuan karipap

cara-cara
  • leperkan roti dgn pengelek
  • letak pada acuan karipap...
  • masukkan inti secukupnya..sapu pes tepung pada keliling yg akan dikepit nanti...
  • kepitkan kuat2 dgn acuan..
  • dah siap...habiskan..
  • kemudian goreng sehingga kekuningan sikit ..
  • angkat dan toskan minyak

tujuan kita letakkan pes tepung tu untuk bagi roti tu melekat dan tak terbuka a.k.a tersengih yer...

tapi karipap roti ni kena makan time panas2 baru sedap rangup je...kalau dah sejuk lembik dah roti tak sedap..

roti jala zam zam alakazam


assalammualaikum...petang tadi punya citer..baru sempat nk mengarang n3....
rajin sikit la kn...menjala petang ni...bertikar2 pulak....saje je wat dua kaler....
time rajin kita pakai botol ler...
kalo time malas nk cepat pki acuan kirai je sonang baitu....
jom layan je gambor yer...sha memang suka tempek gambor banyak2...



nak resepi korang boleh rujuk kat sini jer yer

sama je resepinya..beza kaler n rupa jer....kita buat dia...



DONUT


lama tak mendonut ni...time rajin la baru leh buat...donut simple dari sha ahmad


olahan:sha ahmad

bahan-bahan:
3 cawan tepung gandum-diayak
1/4 cawan gula
2 sb majerin
1 biji telur
1 sb yis
1 sk garam
1 sb susu tepung
air suam secukupnya
gula halus secukupnya-tuk digaul

cara-cara:
1)larutkan gula bersama air suam pastu masukkan yis biarkan sekejap(berbuih2)
2)masukkan semua bahan kedalam mangkuk kecuali air tadi dan gaul menjadi serbuk roti
3)masukkan yis tadi dan air secukupnya.uli sehingga mendapat doh yang licin dan tak melekat pada tangan.perap selama 1 jam dan ditutup dengan tuala lembab
4)ambil doh tadi dan tumbuk2 kuarkan angin kemudian diambil sedikit dan bentukkan bebola kecil dan leperkan sedikit
5)biarkan doh naik sekali ganda lagi dan buatkan lubang ditengahnya dengan menggunakan jari dan goreng hingga kekuningan dan digaul dengan gula halus

ROTI JALA ZAM ZAM ALAKAZAMMMM

 
menjala pagi ni...tengok ada kuah kari daging lauk umah kenduri semalam...santan pon ada sikit..
cukup la nak menjala ...
terlebih rajin sikit harini..buat roti jala zam-zam alakazammmmm....


 
guna botol muncung 3 ni la buat roti jala zam-zam alakazam...
beli kat daiso vivo city sgpore masa duk sana dulu..$2 je..

nak resepi boleh jengah kat SINI  je yer


iftar 9 roti jala


 
olahan:sha ahmad
 
bahan-bahan:
3 cawan tepung gandum
2 1/2 sb minyak masak
1 sk garam
sedikit pewarna kesukaan(aku letak ijo plak kalini)
1 biji telur
2 1/2 cawan air/santan/susu segar(aku guna santan kotak+air)
 
cara-cara:
1)blendkan semua bahan  diatas sehingga sebati n tapiskan adunan(aku guna whisk jek pastu aku tapis)
2)gunakan non stik pan n jala ler kat atasnya(walaupon aku guna non stik pan aku tetap sapu minyak sikit atasnyer..
 
kalau ikut resepi kat atas adunannya agak pekat..aku gunakan 3 cawan santan + air..cairkan sikit...senang nak kuar dari acuan roti jala..ikut korang la nak camna kan..




kuih sagu juadah 7 ramadhan

 
sumber:mak tersayang
olahan: sha ahmad

bahan-bahan:
1 cawan sagu(rendam 1/2 jam n toskan )
1 cawan gula(sha buat 3/4 cawan je)
2 cawan air
pewarna hijau
kelapa putih + garam

cara-cara:
1)didihkan air
2)masukkan gula kacau hingga larut...titiskan pewarna
3)kemudian masukkan sagu...kacau hingga pekat
4)masukkan kedalam loyang dan sejukkan
5)potong dan gaulkan dengan kelapa 

kuih lopes..juadah 5 ramadhan

 
lama juga tak buat kuih ni...bulan puasa ni memang aku lebih nak makan kuih2 je dari makan nasi...
tak puas rasanya takde kuih depan mata tuk jadi santapan..kalo beli takleh nak ulang2..sikit je..buat sendiri puas hati makan...terjamin kebersihannya...insyaallah...lagipon takde la susah nau nak buat kan..buat masa ni memang lom ada juadah yang dibeli sepanjang bulan puasa ni..
kecuali ramadhan kedua haritu..tu pon terpaksa sebab kena gi hospital..buka apa yang ada je..
dah ler tak sedap nasi n lauknya..kuih pon alahai jangan takde kuih la...
 
kalo boleh juadah berbuka ni nak aku sediakan je sepanjang bulan puasa ni..dari dibeli...memang belum aku jejakkan kaki lagi dimana2 bazar ramadhan...

 
sumber: MYR 
bahan-bahan:
2 cawan beras pulut
2 cawan santan cair (1/2 kotak + air )
1/2 cawan air pandan (dikisar bersama daun pandan)
1 sk air kapur
1/2 sk garam
pewarna hijau
kelapa putih + garam
 
 
 cara-cara:
1)cuci beras pulut n rendamkan dengan air selama 3jam...masukkan pewarna hijau dan air kapur
2)toskan n kukus pulut bersama dengan air pandan dan santan..santan separa dengan pulut..kukus hingga masak
3)masukkan dalam acuan/loyang n tekan padat2 dengan plastik..kalau loyang potong2 kan..acuan takyah ler..
4)gaulkan dengan kelapa n boleh dihidang dengan air gula


**air gula
masak gula merah/gula kabung bersama gula pasir + air


 
sha gunakan bekas dadih yang kecik tu je..2 bekas..letak pulut dalamnya..amik satu lagi bekas tekan2 tuk padatkan nya..

 
jadilah cam gini rupanya setelah dipadatkan..
 
 
jadilah camni bila ditelangkupkan dari bekas kecik tu...senangkan..
 
 
 



JUADAH BERBUKA 4 RAMADHAN (kuih cara manis)

 
sumber resepi: sha ahmad

bahan-bahan:
1 cawan tepung gandum
1/2 kotak santan-jadikan 2 cawan
pewarna kuning/hijau
1 biji telur
gula secukupnya

 
cara-cara:
1)blander semua bahan kecuali gula hingga sebati
2)masukkan kedalam jug untuk memudahkan tuang kedalam acuan
3)gunakan dapur gas dan kecilkan api.sapu acuan dengan sedikit minyak dan panaskan acuan
4)tuang adunan 3/4 penuh dan sudukan 1sk gula dan tutup dengan tudung periuk
5)masak lebih kurang 5-8 minit sehungga masak.dah siap hidang dengan di telangkupkan diatas kuih

JUADAH 3 RAMADHAN (popia goreng sayur)

 
intinya simple sangat...malas nak renyah2 dah...letak sayur je
resepinya pon takde sukatan ye akak2 adik2 semua...main campak2 je
 
resepi :sha ahmad
 
tauge-dibersihkan
carrot-diparut
udang kering-ditumbuk
sedikit lada sulah
kulit popia secukupnya
tepung gandum + air(dijadikan gamnya)
 
cara-cara:
1)campur kesemua bahan 2 diatas gaul sebati
2)letakkan inti diatas kulit popia dan gulung..gam hujungnya dengan pes tepung tadi
3)goreng kekuningan


JUADAH BERBUKA 1 RAMADHAN (puteri ayu)


 
resepi asal:rohaya1710
olahan:syakitchen

bahan-bahan:
2 biji telur
1 cawan gula
2 cawan tepung gandum
1 cawan santan(sha guna 100ml santan kotak + air tuk jadikan 1 cawan)
1 sk ovellete
1 sk pandan paste
sedikit pewarna hijau
kelapa putih + garam + tepung ubi(resepi asal gunakan tepung gandum)

 
cara-cara:
1)pukul gula dan telur hingga kembang,masukkan ovellate dan pukul lagi
2)masukkan tepung,santan,pandan paste dan pewarna..pukul lagi sehingga sebati
3)isikan kelapa putih kedalam acuan..tekan n mampatkan..tuang adunan dan kukus selama lebih kurang 4-7 minit
 
 
~~~SELAMAT MENCUBA~~~


KETAYAP

 
kuih ni takyah tempek resepi kot..rasanya ramai yang pakar buat kuih ni...
sha buat pon tak pernah ada sukatan pon..agak2 je bancuh..agak tebal kulitnya cairkan sikit adunan dia...

BUAH MELAKA

 
teringin pulak cik abang nak makan kuih ni...sebenarnya buat dah lama ..tapi baru ada masa nak tempek N3 kat sini...kuih yang senang sangat nak buat..cepat dimasak sedap dimakan..
dah macam iklan Maggie plak...
selalunya buat kuih ni tak pernah ada sukatan pon..main agak2 je banyak mana nak buat...

 
 
resepi & olahan:sha ahmad

bahan-bahan:
2 cawan tepung pulut
gula melaka secukupnya-potong kiub
1/2 sk pandan paste
1/2 sk pewarna hijau
air secukupnya tuk menguli
kelapa putih + garam secukupnya
air untuk merebus

cara-cara:
1)didihkan air terlebih dahulu
2)masukkan tepung pulut didalam mangkuk besar..tuangkan air sedikit demi sedikit.uli tepung hingga lembut dan tak melekat pada tangan
3)jika nak letak lain2 kaler bahagikan je doh tu n letak pewarna n uli sebati
4)ambil sedikit n bulat dan leperkan sedikit di tapak tangan dan letakkan inti gula yang dipotong2 tadi n gentelkan bulat2 semula dan masukkan kedalam air mendidih tadi..biarkan seketika
5)apabila sudah masak kuih akan timbul..angkat dan toskan airnya
6)kemudian golekkan diatas kelapa yang telah digaulkan dengan garam secukup rasa
 
~~~SELAMAT MENCUBA~~~