karipap roti

assalammualaikum...

ni menu sarapan pagi tadi..simple2 je...
karipap roti..inti kentang....



caranya mudah je..

bahan untuk inti:
1 biji kentang-dipotong dadu
2 ulas bawang merah-dihiris
1 ulas bawang putih
1 sb udang kering-ditumbuk
1 1/2 sb rempah kari-jadikan pes
1 sb cili kisar
1 pokok daun sup-dihiris
garam dan gula secukup rasa
 
air secukupnya
 
cara buat inti:

1)tumis bawang merah dan bawang putih sehingga wangi.masukkan pes rempah kari,cili kisar dan udang kering.tumis sehingga naik minyak.
2)masukkan air dan kentang.gaul sebati dan masak sehingga kentang empuk
3)masukkan garam,gula dan hirisan daun sup.gaul sebati.rasa jika ok tutup api.sejukkan

bahan-bahan:

roti gardinea
inti karipap kentang/sardin
air+tepung gandum jadikan pes....(untuk dijadikan gam)
acuan karipap

cara-cara
  • leperkan roti dgn pengelek
  • letak pada acuan karipap...
  • masukkan inti secukupnya..sapu pes tepung pada keliling yg akan dikepit nanti...
  • kepitkan kuat2 dgn acuan..
  • dah siap...habiskan..
  • kemudian goreng sehingga kekuningan sikit ..
  • angkat dan toskan minyak

tujuan kita letakkan pes tepung tu untuk bagi roti tu melekat dan tak terbuka a.k.a tersengih yer...

tapi karipap roti ni kena makan time panas2 baru sedap rangup je...kalau dah sejuk lembik dah roti tak sedap..

No comments:

Post a Comment