Showing posts with label daging. Show all posts
Showing posts with label daging. Show all posts

DAGING GORENG CILI API..

 
menu simple je harini..daging goreng cili api je..resepi campak2..

 
bahan-bahan:
daging batang pinang-dihiris nipis
20-25 biji cili api -ditumbuk/dikisar
2 ulas bawang merah -dihiris nipis
2 ulas bawang putih -dihiris nipis
1 " halia-dihiris nipis
1 keping asam gelugur
sedikit air
 
cara-cara:
 
1)tumis bawang merah,bawang putih dan halia sehingga wangi...masukkan cili api(agak2 kepedasan lah yer)dan sedikit air..biarkan mendidih
2)masukkan daging dan asam gelugur..kacau sebati dan biarkan masak dengan api sederhana
3)bila air dah hampir kering..perasakan dengan garam secukupnya..
4)rasa jika ok tutup api..
 
~~~SELAMAT MENCUBA~~~

DAGING MASAK HITAM

 
 
bahan-bahan:
1/2 kg daging batang pinang-potong nipis
5 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1" halia*
2 batang serai*
10 tangkai cili kering*
8 sb kicap pekat*
2 sb sos tiram*
2 sb sos tomato*
minyak untuk menumis
2 tangkai daun kari
1 batang kayu manis
5 biji buah pelaga & cengkih
garam dan air secukupnya
 
cara-cara:
1)blend semua bahan bertanda * sehingga sebati dan hancur
2)panaskan minyak,tumis daun kari,kayu manis,pelaga & cengkih
3)masukkan bahan yang diblend.biar masak kejap dan mendidih
4)masukkan daging & air.kacau jangan bagi hangus..masak sampai daging empuk
5)perasakan dengan garam
6)jika nak kuah yang banyak..tambahkan air dan biarkan pekat..
 
 
~~~SELAMAT MENCUBA~~~


DAGING MASAK KICAP

jom tengok menu tengahari sha harini..menu simple je..daging masak kicap..bagi tekak
sha sedap la..lain orang lain la rasanyer..kalo nak tau sedap ke tak..try la..
mana tau air tangan orang yang berlainan..lain rasanya..
 
resepi:sha ahmad
 
bahan-bahan:
1/2 kg daging(batang pinang)-dihiris nipis
1 labu bawang besar-dipotong bulat
3 ulas bawang putih-dihiris
1/2" halia-dihiris
3 sb kicap manis
3 sb kicap masin
3 sb kicap pekat
1 sb cili kisar
5 tangkai cili padi-dihiris serong
air asam jawa
air secukupnya
garam secukup rasa(jika perlu)
 
 
cara-cara:
1)goreng daging terlebih dahulu sebentar(jangan sampai garing kang keras plak).kuarkan daging dari kuali.
2)dengan kuali yang sama masukkan bawang besar,halia,bawang putih dan cili padi..tumis sekejap..kemudian masukkan cili kisar tadi..godak2 kejap..
3)lepastu masukkan ketiga2 jenis kicap,air asam dan daging..masukkan sedikit air..biarkan daging empuk dan kuah sedikit pekat..
4)bila kuah dah pekat..rasa dulu..kalo kurang masin leh tambahkan sedikit garam..dah siap..
5)masuk mangkuk sesuai..leh la snap pic hahaha..(tu sha la kan hehehe)
 
 
 
~~~~selamat mencuba~~~~

DAGING MASAK MERAH



bahan-bahan:


daging(dibasuh n direbus bersama sedikit pewarna merah dan digoreng sekejap)
bawang besar(dimayang)
bawang putih(di ketuk)
cili kisar
sos cili
sos tiram
kicap manis(sikit je)
cili padi(sha suka pedas taruk je ler..ketuk sikit)
bunga kobis,kacang panjang/buncis,carrot..ikut mana ada je dalam peti sejuk tu..
garam n gula secukup rasa


cara-cara:
1)tumis bawang besar n bawang putih hingga naik bau
2)masukkan cili kisar tumis sekejap..pastu masukkan sos cili n sos tiram..letak air sikit(nak berkuah lebihkan bahan sos n airnyer je)
3)masukkan cili api n sayur2 ran n gaul balikkan..pastu masuk kicap manis sikit(jangan banyak kang hitam lak kuahnyer)
4)last sekali masukkan daging..bahan perasa..gaul kejap dah siap...


                              ~~SELAMAT MENCUBA~~

SUP DAGING & KENTANG


selamat malam..
dah malam baru dapat menaip...siang tadi malas je nak menaip ni...harini menu tengahari sha very simple..sup daging  berkentang je .yang adooo...



resepi:sha ahmad

bahan-bahan:
400 gm daging-dihiris nipis
6 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih*    }bahan * di tumbuk halus
1 inci halia*
3 sb rencah sup adabi-dijadikan pes(boleh juga guna sup bunjut je)
2 biji kentang-dipotong ikut suka
1000 ml air
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunha cengkih
hirisan daun sup dan daun bawang

                                            ni rencah sup adabi yang sha guna


cara-cara:
1)tumis kulit kayu manis dan bunga cengkih hingga wangi..kemudian masukkan bahan tumbuk tumis lagi hingga naik bau
2)masukkan pes rencah sup dan air secukupnya.kemudian masukkan daging dan ubi kentang.biarkan mendidih sehingga daging dan kentang empuk.
3)masukkan garam secukup rasa dan masukkan hirisan daun bawang dan daun sup.biarkan sekejap.rasa,jika ok tutup api
4)masukkan dalam mangkuk yang sesuai dan taburkan dengan bawang goreng dan sedikit hirisan daun sup.hidangkan panas2..

**rencah sup ni lebih sesuai kalau buat sup daging.warnanya agak gelap berbanding sup bunjut adabi.kalau buat sup ayam sha guna sup bunjut je..


                                              SELAMAT MENCUBA~

DAGING TUMIS LADA API


assalammualaikum semua...
dah makan tengahari ke...oppppssss...silap lak..dah petang..harini menu daging...simple je..kalau kat umah mertua..beli daging menu ni wajib dimasak gak ler...arwah mak mertua sha selalu masak camni..tapi lebih sedap rasanyea air tangan arwah...kalo tolong2 dia kat dapor tu..sempat juga la intai2 macamna dia masak...pastu try..bila hubby cakap ok..maknanyer pas ler..kalo masak lauk2 yang mak dia masak kalau boleh nak sama je rasanya...susah gak tu..kadang jadi kadang idak...jom jengok resepinya..



resepi:sha ahmad

bahan-bahan:
1/2 kg daging-dihiris nipis
4 ulas bawang merah-dihiris
4 ulas bawang putih-dihiris
1 inci halia-dihiris mancis
10-15 biji cili padi-dikisar
1 keping asam keping
garam secukupnya
air secukupnya


cara-cara:
1)tumis bawang putih,bawang merah dan halia sehingga naik bau.kemudian masukkan cili padi kisar dan tumis sehingga garing sedikit
2)kemudian masukkan daging,asam keping dan air secukupnya..kacau sebati dan biarkan masak dan kuahnya kering sedikit
3)perasakan dengan garam secukupnya..jika ok tutup api..hidangkan bersama nasi..


                                            ~SELAMAT MENCUBA~




DAGING MASAK MERAH

      


bahan-bahan:


daging(dibasuh n direbus bersama sedikit pewarna merah dan digoreng sekejap)
bawang besar(dimayang)
bawang putih(di ketuk)
cili kisar
sos cili
sos tiram
kicap manis(sikit je)
cili padi(sha suka pedas taruk je ler..ketuk sikit)
bunga kobis,kacang panjang/buncis,carrot..ikut mana ada je dalam peti sejuk tu..
garam n gula secukup rasa


cara-cara:
1)tumis bawang besar n bawang putih hingga naik bau
2)masukkan cili kisar tumis sekejap..pastu masukkan sos cili n sos tiram..letak air sikit(nak berkuah lebihkan bahan sos n airnyer je)
3)masukkan cili api n sayur2 ran n gaul balikkan..pastu masuk kicap manis sikit(jangan banyak kang hitam lak kuahnyer)
4)last sekali masukkan daging..bahan perasa..gaul kejap dah siap...