Showing posts with label jom baca. Show all posts
Showing posts with label jom baca. Show all posts

teksi KUALA LUMPUR


salam semua..n3 harini nak citer pasai segelintir supir2 teksi yang taknak pakai meter ni..
kenapa agaknya diaorang ni taknak ikut peraturan yang telah ditetapkan..semua teksi2 diibu negara wajib pakai meter..ni tak suka hati dia je letak harga tuk satu teksi..
bukan aku nak memuji negara jiran la..tapi kat sana memang aku tak risau tuk naik teksi..dah tentu2 tak kena ketuk..diaorang memang ikut meter..ko naik la dari mana pon..kecuali dari airport la kan..4 taun aku duk singapore..tak risau nak naik teksi...memang tambang akan ikut meter..kecuali waktu puncak akan dikenakan charge sikit..

ehsan google


teksi2 kat KUALA LUMPUR ni..kalau nak naik teksi jangan la naik teksi yang duk menunggu ni..tentu2 korang kena ketuk..kalau boleh cari jek yang tengah jalan kita tahan je teksi tu..kebanyakan teksi camtu ikut meter..kalau yang duk menunggu ni kompom dia tanya je ko nak gi mana..ha..sedebuk la harga dia letak..kalau dah takde choice..kita naik la juga..
nak nyer cam aku semalam la..dah berengke n budak2,mak aku yang tak berapa larat nak jalan jauh2..n beg2 lagi..memang takde choice ler..naik juga la..walaupon terasa mahal juga la rega yang dia letak tu..

aku amik teksi dari PUDU SENTRAL balik TAMAN DESA..takpa la..kalau aku sorang2 memang aku takkan amik teksi yang duk menunggu ni..pantang nampak kita turun bas je..serbu la duk pakat tanya kita nak pi mana...

takde ke tindakan undang2 yang diambil tuk drebar2 teksi yang taknak ikut peraturan ni...

5 CARA DANDANAN YANG DILARANG DALAM ISLAM

5 Cara Dandanan Dan Menghias Diri Muslimah Yang DILARANG Dalam Islam

Diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a bahwa Rasulullah S.A.W bersabda:

“Allah S.W.T mengutuk orang-orang menyambung rambut dan meminta disambungkan,juga orang yang membuat tato dan orang yang dimintakan membuat tato” (Riwayat Bukhari dan Muslim)


Sementara hadis lain, Rasulullah S.A.W juga pernah bersabda: Diriwayatkan daripada ‘Alqamah dari Abdullah bin Mas’ud r.a, katanya :

“Allah S.W.T mengutuk orang- orang yang membuat tato sebagai hiasan, juga orang yang meminta dibuatkan tato padanya, Orang- orang yang mengubah dan membentuk alis matanya, juga orang-orang yang meminta diubahkannya, orang- orang yang mengubah bentuk gigi untuk kelihatan lebih rapi dan kemas dengan mengubah ciptaan Allah S.W.T.”


Sebenarnya banyak hadis yang membicarakan hal ini, dengan kata lain menunjukkan bahawa perbuatan tersebut adalah diharamkan dalam islam. Oleh itu, para muslimah sama ada yang belum berkahwin atau yang sudah berkahwin hendaklah menghidari perbuatan-perbuatan yang tersebut.

Untuk memudahkan pembaca untuk memahami, saya akan senaraikan hal-hal yang diharamkan yang telah disebutkan dalam hadis tadi.

1. Mengunakan rambut palsu

2. Orang yang meminta kepada orang lain supaya rambutnya disambung dengan rambut orang lain (cemara). Atau menyambung bulu mata agar nampak lebih panjang dan lentik.

3. Membuat tato atau menusuk badan menggunakan jarum atau pisau atau benda tajam lainnya sama ada di telapak tangan, pergelangan, di bibir atau di tempat anggota tubuh yang lain hingga mengeluarkan darah yang kemudiannya menampakkan tanda disitu. Untuk menghasilkan warna hijau pada tempat yang luka, selalunya mereka menggunakan sejenis celak ataupun sejenis pewarna yang mengakibatkan ada kesan warna hijau padanya.

4. Mencukur rambut wajah supaya kelihatan licin, hal ini dikhususkan agar kening atau rambut alis mata letaknya nampak lebih tinggi ataupun supaya nampak sama agar nama lebih cantik dan menarik.

5. Merapikan gigi supaya kelihatan kemas samaada dengan menggunakan alat besi atau apa saja jenis cara agar nampak lebih cantik. Namun dalam keadaan yang memudaratkan perkara ini diharuskan dalam islam. Ia menjadi haram jika seseorang itu sudah mempunyai gigi yang kemas namun masih juga membentuknya kerana ingin nampak lebih menawan.

Kesemua yang disebutkan diatas itu adalah diharamkan oleh islam samaada orang yang meminta supaya dilakukan kepadanya atau orang yang melakukan hal tersebut kepada yang meminta kepadanya.

Begitu juga para isteri muslimah. Perkara diatas memang diharamkan. Ada sesetengah para isteri zaman ini beranggapan bila sudah kahwin, mereka boleh mencukur kening atau sebagainya kerana mendapat keizinan suami. Hakikatnya ia adalah diharamkan. Oleh itu seorang isteri seharusnya menghindari bentuk dandanan yang diharamkan dalam islam, begitu juga suami, suami yang baik tidak akan menyuruh isterinya melakukan perkara yang diharamkan dalam islam. Apabila perbuatan yang di atas tadi diharamkan islam dilakukan oleh para isteri muslimah maka menggunakan cara- cara tersebut walaupun pada suami sendiri pun diharamkan jua.


Oleh itu para muslimah juga kepda seluruh kaum muslimin, janganlah melakukan hal- hal seperti diatas tetapi perhatikanlah ajaran Allah S.W.T dan redalah, pasrahlah kepadanya kerana memang itulah yang terbak untuk kita. Setiap peraturan atau larangan yang datang dari Allah S.W.T seharusnya kita sambut dan turuti dengan baik.

*Artikel ini ditulis berpandukan buku yang bertajuk ‘Isteri Yang Membahagiakan Suami’. Muka surat 44-51.Karangan: Muhammad Abdul Halim. Cetakan 1996.*

HATI SEORANG WANITA



assalammualaikum
jom share entri hari ni dari kisah wanita

Hati Seorang Wanita

Kenalilah wanita menerusi sifat semulajadi yang ada pada setiap wanita.

Wanita Sensitif :
Wanita yang sensitif bukanlah bermaksud suka merajuk , tetapi hanya ingin bermanja dan mendapatkan perhatian .

Wanita Cerewet :
Wanita yang cerewet bukanlah FUSSY tak tentu pasal, kadangkala ,mereka ingin LELAKI mengikut kata-katanya sekali sekala .

Wanita Halus :
Wanita yang sifatnya halus ibarat sehelai sutera , cantik , mulus , lembut dan mudah tercarik dan koyak .. walaupun seorang wanita memaafkan seseorang yang lain atas sebab sesalahan , biasanya WANITA akan ingat kesalahan tersebut untuk disimpan jadi pengajaran. Bukan DENDAM .

Wanita Ikhlas :
Sifat keikhlasan seorang wanita tak perlu diragui .

Pengorbanan Wanita :
Wanita sanggup berkorban apa saja untuk seseorang yang amat disayangi , termasuk ibu bapa , anak-anak , dan suami . Wanita amat tabah .

Wanita Prihatin :
Wanita sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam.

Wanita Manja :
Walaupun seseorang wanita itu pandai berdikari, naluri seorang wnaita masih lagi tetap seorang wanita, suka bermanja hanya kepada insan yang bernama lelaki , namun juga sesama kaum .

Wanita Ego :
Wanita yang terlalu sayangkan kekasihnya sanggup menolak ketepi egonya apabila bersemuka dengan yang dicintai .

Cinta Wanita :
Cinta pertama bagi seseorang wanita biasanya adalah yang paling dalam dan tulus

Hubungan Seks Wanita :
Hubungan seks bukanlah segala-galanya buat wanita kerana wanita diciptakan dengan 9 nafsu dan 1 akal . Nafsu yang banyak dan tidak tertumpu kepada satu saja . Lelaki pula dijadikan dengan 9 akal dan 1 nafsu . Fungsi lelaki adalah membimbing wanita dan bukan menghanyutkan .

- Hati wanita itu sepertinya kaca,mudah berderai namun mampu menghiris