assalammualaikum semua..terima kasih banyak2 kerana sudi berkunjung ke blog sha yang tak seberapa ni..sebagai tanda persahabatan dan terima kasih sudi2 lah kiranya follow blog sha yer..dapat kita sama2 mengeratkan silatulrahim sesama manusia...
SUP DAGING & KENTANG
selamat malam..
dah malam baru dapat menaip...siang tadi malas je nak menaip ni...harini menu tengahari sha very simple..sup daging berkentang je .yang adooo...
resepi:sha ahmad
bahan-bahan:
400 gm daging-dihiris nipis
6 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih* }bahan * di tumbuk halus
1 inci halia*
3 sb rencah sup adabi-dijadikan pes(boleh juga guna sup bunjut je)
2 biji kentang-dipotong ikut suka
1000 ml air
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunha cengkih
hirisan daun sup dan daun bawang
ni rencah sup adabi yang sha guna
cara-cara:
1)tumis kulit kayu manis dan bunga cengkih hingga wangi..kemudian masukkan bahan tumbuk tumis lagi hingga naik bau
2)masukkan pes rencah sup dan air secukupnya.kemudian masukkan daging dan ubi kentang.biarkan mendidih sehingga daging dan kentang empuk.
3)masukkan garam secukup rasa dan masukkan hirisan daun bawang dan daun sup.biarkan sekejap.rasa,jika ok tutup api
4)masukkan dalam mangkuk yang sesuai dan taburkan dengan bawang goreng dan sedikit hirisan daun sup.hidangkan panas2..
**rencah sup ni lebih sesuai kalau buat sup daging.warnanya agak gelap berbanding sup bunjut adabi.kalau buat sup ayam sha guna sup bunjut je..
SELAMAT MENCUBA~
Labels:
daging
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment