assalammualaikum semua..terima kasih banyak2 kerana sudi berkunjung ke blog sha yang tak seberapa ni..sebagai tanda persahabatan dan terima kasih sudi2 lah kiranya follow blog sha yer..dapat kita sama2 mengeratkan silatulrahim sesama manusia...
HOMEMADE SOS SHA STYLE
hai...
yang ni 2 hari lepas sha buat..tapi tersimpan je dalam peti sejuk sosnya...buat untuk cicah dengan kerang..boleh juga di cicah dengan tauhu goreng,tauhu sumbat,popia goreng...sha belajar buat ni dengan duk tengok2 dan tanya arwah MIL sha buat... lepas dia dah takde..sha try buat sendiri.alhamdulillah pak mertua sha cakap jadi je..hehehe...tersipu2 je bila abah cakap jadi sos sha buat..dia siap tanya sapa buat sos ni..abah pon terar je buat sos ni..tapi abah style dia tak masak dah..just terus makan camtu je..
jom tengok home made sos sha style
resepi:sha ahmad
bahan-bahan:
10-15 tangkai cili kering-direbus dan toskan*
5-6 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*
4 sb gula(anggaran.boleh tambah jika kurang)
1 sk garam(anggaran..tambah jika kurang)
air asam jawa secukupnya
air secukupnya
buat cicah kerang tengahari tadi
cara-cara:
1)kisar cili,bawang putih dan bawang merah bersama hingga halus
2)panaskan periuk dan masukkan bahan kisar tadi..masukkan air asam jawa dan air secukupnya..jangan terlalu pekat..biarkan mendidih
3)kemudian masukkan garam dan gula secukup rasa..biar betul2 masak.tak perlu terlalu pekat.rasa..jika ok tutup api
~SELAMAT MENCUBA~
Labels:
sos
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment