assalammualaikum semua..terima kasih banyak2 kerana sudi berkunjung ke blog sha yang tak seberapa ni..sebagai tanda persahabatan dan terima kasih sudi2 lah kiranya follow blog sha yer..dapat kita sama2 mengeratkan silatulrahim sesama manusia...
MAGGIE KARI GORENG
assalammualaikum...
selamat pagi semua...apa khabar,dah sarapan..sarapan apa ek??
harini sha maggie kari goreng je..lama tak makan maggie goreng ni..sha kat sini bukan nak tunjuk pandai..sekadar berkongsi idea bagi suri2 rumah yang kadang kala buntu nak masak apa macam sha juga.sha sendiri selalu jelajah blog2 orang yang terar2 masak ni cari idea tuk masak...hari2 masak sampai dah taktau nak masak apa.balik2 itu juga.jom layan maggie kari goreng sha style..
resepi:sha ahmad
bahan-bahan:
2 bungkus maggie kari-direbus dan ditoskan airnya
2 bungkus rempah maggie kari-terdapat dalam bungks maggie
3 pokok sawi-dipotong kasar
cili merah-dihiris serong
2 ulas bawang merah-dihiris
2 ulas bawang putih-diketuk
10-15 biji cili padi-dikisar
sotong
isi ayam
garam-jika perlu
cara-cara:
1)tumis bawang merah dan bawang putih hingga naik bau.kemudian masukkan cili padi kisar.tumis hingga cili garing/naik minyak.
2)masukkan ayam dan sotong,gaulkan dan masak hingga empuk.kemudian masukkan rempah maggie dan gaul sebati
3)masukkan sayur dan cili merah gaul dan masak sekejap hingga sayur hampir layu.
4)lastly masukkan maggie yang direbus tadi.gaul sebati semua.rasa,jika perlu tambah sedikit garam(biasa sha tak letak garam sebab rempahnya dah cukup masin)dah siap.
5)boleh dihidangkan dengan bawang goreng,daun bawang dan limau kasturi.jika suka.
~SELAMAT MENCUBA~
Labels:
maggie
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Sha,
ReplyDeleteskali skala pekena maggie memang sedap kan..hehe..suka3x..
betul tu rahel..selalu selalu takleh ler hehehe
ReplyDelete