assalammualaikum semua..terima kasih banyak2 kerana sudi berkunjung ke blog sha yang tak seberapa ni..sebagai tanda persahabatan dan terima kasih sudi2 lah kiranya follow blog sha yer..dapat kita sama2 mengeratkan silatulrahim sesama manusia...
IKAN TENGGIRI MASAK CUKA
assalammualaikum....
selamat tengahari..dah makan ke??sha dah masak tapi belum makan lagi..kenyang lagi makan sarapan tadi..harini nak rasa resepi orang utara lak..resepi orang tepeng..masakan ni popular juga la kat tempat sha(taiping)lama tak makan camni ni..dulu mak sha selalu juga buat masak cuka..ikan tak kisah la ikan pape pon boleh je..harini sha buat masak cuka ikan tenggiri sha style...jom jengok resepinya..
resepi:sha ahmad
bahan-bahan:
3 ketul ikan tenggiri(ikan ni besar sha guna 3 ketul je)
1/2 cawan cuka makan
1 labu bawang besar-dhiris kasar
5 ulas bawang putih-dihiris kasar
1/2 biji timun-buang biji dan potong memanjang
1 biji cili merah-buang biji dan hiris kasar
1 biji cili hijau-buang biji dan hiris kasar
1/2 inci halia-dihiris
1 sk halba
1 inci kulit kayu manis*
2 kuntum bunga cenggkih*
2 biji buah pelaga*
2 sb gula
sedikit garam
cara-cara:
1)gaul ikan bersama garam kunyit dan goreng kekuningan.angkat ketepikan.
2)tinggalkan minyak sedikit dalam kuali dan tumis bahan bertanda *.kulit kayu manis.buah pelaga.bunga cengkih hingga wangi..kemudian masukkan bawang besar,bawang putih dan halia.tumis hingga layu.
3)masukkan halba,cuka makan dan air secukupnya.kemudian masukkan sedikit garam dan gula.gaulkan kemudian masukkan timun,cili hijau dan merah.
4)biarkan agak pekat sedikit dan masukkan ikan dan gaul sebati.rasa,jika ok matikan api.
~SELAMAT MENCUBA~
Labels:
ikan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment