assalammualaikum semua..terima kasih banyak2 kerana sudi berkunjung ke blog sha yang tak seberapa ni..sebagai tanda persahabatan dan terima kasih sudi2 lah kiranya follow blog sha yer..dapat kita sama2 mengeratkan silatulrahim sesama manusia...
MURTABAK MAGGIE AYAM
hai semua...
lapor punya pasal malam tadi maka termasak la murtabak maggie ni..nak makan nasi adehhh tak selera la..gi dapor kelentang kelentung la dengan bahan2 yang masih ada belen2 tu...murtabak segera yang senang nak buat...makan camtu je pon ok..takyah nak cicah2 dah...
resepi:sha ahmad
bahan-bahan:
1 bungkus maggie kari-direbus dan toskan airnya(sha basuh sedikit)
2 biji telur
ayam kisar secukupnya
1 labu bawang besar-dicincang halus
1 ulas bawang putih-diketuk dan dicincang
1 sk rempah daging
1 bungkus rencah maggie(dari bungkus maggie)
2 tangkai daun bawang-dihiris
1 biji cili merah-buang biji dan hiris kecil
1/2 sk lada sulah
garam secukup rasa
3 sb mentega
cara-cara:
1)cairkan mentega dan tumis bawang besar dan bawang putih hingga kekuningan.kemudian masukkan ayam kisar dan sedikit air.kacau sebati
2)kemudian masukkan rempah kari daging dan rencah maggie kacau sebati.masak dengan api perlahan sehingga air hampir kering masukkan garam,serbuk lada sulah dan cili merah..gaul sebati semua bahan
3)pecahkan telur kedalam mangkuk dan kocak sedikit.masukkan daun bawang,bahan tumis tadi dan maggie yang direbus tadi.gaul sebati semua bahan dan tuang kedalam non stik pan yang telah dipanaskan dan dilenser dengan sedikit minyak
4)biarkan garing sedikit dan terbalikkan dan masak bahagian sebelah lagi.(nak cepat masak tutup dengan tudung piok)
5)dah garing kedua2 bahagian angkat dan potong ikut citarasa dan hidangkan panas2.boleh dimakan dengan sos jika suka.
**mudah je...sedap pon sedap..sha suka garing sedikit.
~SELAMAT MENCUBA~
Labels:
maggie
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment