assalammualaikum semua..terima kasih banyak2 kerana sudi berkunjung ke blog sha yang tak seberapa ni..sebagai tanda persahabatan dan terima kasih sudi2 lah kiranya follow blog sha yer..dapat kita sama2 mengeratkan silatulrahim sesama manusia...
APAM SENYUM @ APAM AISKRIM SODA
assalammualaikum dan salam sejahtera..
firstly sha nak ucapkan selamat tahun baru 2012...dah lama resepi ni dalam koleksi sha..cuma belum juga dicuba lagi..so petang tadi sha try la resepi dari rokayah@myresepi.com alhamdulillah tersenyum juga apam ni..yang tersengih ala2 kerang busuk pon tak terkecuali ada juga..hehehe...apa-apa pon sedap lembut je apam ni..terima kasih atas resepi ni..sha buat ikut cara sha biasa buat apam mekar je..
sumber resepi: rokayah@myresepi.com
olahan: sha ahmad
bahan-bahan:
3 biji telur-dibuang tali pusatnya
1 1/4 cawan gula(sha guna gula castor)
1 sb ovellete
1 cawan air ais krim soda-suhu bilik
3 cawan tepung gandum
1 sk esen vanila(sha letak..resepi asal takde)
pewarna kegemaran
cara-cara:
1)pukul telur,gula dan ovellete sehingga kembang dan gebu.kemudian masukkan esen vanila dan pukul sekejap
2)masukkan aiskrim soda berselang seli dengan tepung hingga habis.sebatikan
3)bahagikan adunan dan letakkan pewarna pilihan
4)panaskan kukusan pastikan air betul2 mendidih
5)masukkan adunan warna kedalam paper cup dan kukus dengan api kuat selama lebih kurang 10-15 minit
nota:sha masukkan adunan kedalam plastik yang di gunting sedikit bucu dan pipekan kedalam paper cup..lebih kemas dan cepat...sha kukus lebih kurang 10 minit je...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Slm sha...kalu xpkai ovalette jd x apamnyer...
ReplyDeleteKnpa ye apam x merekah?
ReplyDeleteGunakan api besar untuk kukus apam ni
Deletemanis senyuman apam tu.. terima kasih kerana mencuba.
ReplyDelete😄😄😄😄
Delete